Showing posts with label Cryptocurrency. Show all posts
Showing posts with label Cryptocurrency. Show all posts

Thursday, September 6, 2018

Himpunan Program Kumpul Bitcoin

1:13 AM 0

Himpunan Program Mengumpul Bitcoin Dan Altcoin Yang Legit Dan Membayar

Himpunan investment Program legit and paying menggandakan bitcoin dan altcoin

1. Program Percuma
 Program program di bawah antara program yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal untuk mendapatkan coin coin yang di tawarkan. Anda hanya perlu melakukan task task yang cukup mudah untuk di lakukan atau menunggu 1 1 tempoh tertentu untuk mendapatkan coin.
Oleh kerana ianya adalah percuma, coin yang bakal anda kumpul adalah bergantung kepada kerajinan anda.


Saturday, July 21, 2018

Exchanger Baru Pinkexc

1:48 AM 0

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc


Kepada penyimpan dan pemegang mata wang digital, ada 1 exchanger baru yang muncul, iaitu Pinkexc. Apa yang best, exchanger ni lahir di Malaysia yang mana pejabatnya berada di Ipoh.
Alamat lengkap nya

1 Jalan Meru Bestari A14,
Medan Meru Bestari,
30020 Ipoh, Perak.

ALamat office exchanger PinkExc ipoh

pejabat exchanger PinkExc ipoh


Kalau sebelum ni ramai yang menggunakan Luno, Remitano CoinCeo dan yang lain lain Exchanger Bitcoin. Tapi itu semua bukan dari Malaysia. Jadi kalau dah ada Exchanger dari Malaysia, kasi Support sikit la kan.. huhu.

Jom kita selongkar sikit Exchanger Pinkexc kelahiran Malaysia ni.. hoho...

Apakah kelebihan Pinkexc ni?
Yang pertama nya tentulah sebab dia lahir di Malaysia, siap ada pejabat urusan lagi...
Antara servis yang ada dan disediakan oleh pihak Exchanger Pinkexc ni ada 3 iaitu :
1. Crypto Exchange
2. Online Direct
3. Dispenser Machine (ATM)

1. Crypto Exchange

Ini untuk crypto crypto Trader, boleh la try trading platform dari Pinkexc ni...
Pinkexc trading platform ni boleh trade Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ringgit Malaysia, Dash, Doge dan Life.
Pair yang boleh trade pula adalah :
MYR/BTC
ETH/MYR
LIFE/MYR
ETH/BTC
DOGE/BTC
DASH/BTC
LTC/BTC
LIFE/BTC
LIFE/ETH

Di bawah paparan trading dashboard Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Den bukan Crypto Trader, jadi jangan tanya den la pasal trading trading ni, memang tak faham grapf tu.. adeh... Tapi kalau korang trader, boleh la try trade..hehe

1 lagi kelebihan yang ada dalam tradin gplatform Pinkexc ni adalah, dia ada 'Commercial Option'.
Commercial Option ni berguna kepada korang yang ada buat bisnes.
katakan korang ada buka kedai Vape, dengan 'Commercial Option' ni, korang boleh create medium pembayaran di kedai korang menggunakan mata wang digital ni, Boleh create pembayaran guna Bitcoin, Litecoin atau LIFE.

Bila da set, akan dapat macam ni .. dan tempek la dekat web bisnes korang atau print out then tempek dekat meja cashier... Contoh laaa...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Of course ada fees untuk pihak Pinkexc sebab dia sediakan platform ni, 2.5% atas harga produk atau service yang menggunakan platform diorang :)
Fees tu korang boleh set, 100% korang yang bayar atau dikenakan ke atas customer waktu dia nak bayar atau 50% korang tanggung, n 50% lagi customer tanggung.


Untuk lebih detail, sila register di Pinkexc Trading Platform.


******************************************************

2. Online Direct

Online Direct ni, Pinkexc bertindak sebagai escrow atau orang tengah. Sebijik macam Remitano. Kalau pernah jual beli mata wang digital di Remitano, ha macam tu lah di PinkExc yang mana PinkExc sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli.

Untuk menggunakan service Online Direct PinkExc ni, kena verified akaun dahulu sampai level 2. kalau tak, tak boleh jual atau beli.

Untuk Pinkexc Online Direct, boleh register disini.

*******************************************************

3. PinkExc Dispense Machine (ATM)

Yup, PinkExc juga ada sediakan mesin ATM untuk mata wang Digital ni...
Ada dua model mesin ATM di PinkExc ni...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

mesin atm bitcoin di ipoh

Crypto ATM Machine ni ada di office PinkExc....

Selain di office PinkExc, Crypto ATM Machine ni juga pihak PinkExc ada letak di di salah sebuah stesen minyak di Kuala Kangsar..

JSA Shell Station (Sh Jalan Kuala Kangsar Ipoh 1)


mesin atm bitcoin di ipoh


Untuk PinkExc cRYPTO atm Machine ni...
transaksi adalah 10%...hiii..
Minima Transaction RM50 dan maksima RM5,000 1 hari.
Mata wang digital yang boleh di beli atau di jual di ATM ni adalah Bitcoin, Litecoin dan Dash

Klik banner di bawah untuk mendaftar di PINKEXC


Nota tapak kaki : Luno masih demam, rate rendah sesangat2... Antara exchanger tukaran mata wang digital yang agak ok, Remitano dan CoinCeo.

Sunday, March 18, 2018

Boleh Kah Buat Duit Dengan HYIP

8:00 PM 0

Boleh Kah Buat Duit Dengan Program HYIP?

Cara dan teknik kumpul Bitcoin dengan hyip


HYIP (High Yield Investment Program) adalah program yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh yang singkat yang terkadang pulangan yang di berikan tidak masuk akal. Program HYIP juga adalah program yang sangat berisiko tinggi. Hampir 99% program HYIP adalah program scam yang hanya akan aktif untuk tempoh yang singkat sebelum program tersebut ditutup oleh pemilik program tersebut.

Boleh kah buat duit dalam program HYIP?
Boleh jika anda tahu cara 'bermain' dalam program HYIP ini.
Berani mengambil risiko dan tahu membuat sedikit penilaian, bijak mengawal emosi (perasaan tamak) tidak mustahil untuk anda membuat sedikit keuntungan dari program HYIP ini walaupun tanpa modal yang besar walaupun tanpa mempromosikannya kepada orang lain.
CUKUP SEKADAR TAHU 'MENCURI PELUANG'.

DALAM RISIKO ADA PELUANG
DALAM PELUANG ADA RISIKO
bagaimana untuk meletakkan diri anda di tengah tengah peluang dan risiko (Profit) bergantung kepada diri masing masing

Buat duit dengan program HYIP

Disini saya cuba kongsikan sedikit cara bagaimana untuk 'bermain' dalam program HYIP ini.

Terdapat beberapa laman web yang menyenaraikan program program HYIP yang ada di seluruh dunia. Penyenaraian yang di buat di pecahkan kepada 2 kategori utama iaitu Paying program dan Scam program.

Lubang buat duit online


Paying program bermaksud program HYIP tersebut masih aktif berjalan, manakala scam program adalah program HYIP yang sudah bermasalah atau tidak lagi membayar.

Untuk setiap program yang di senaraikan, akan terdapat link program, tempoh program tersebut telah berjalan dan plan pembayaran keuntungan dan ada beberapa web yang ada komen dari pelabur. Seperti di bawah


Dari maklumat maklumat program yang di berikan ini, anda boleh membuat penilaian samaada anda mempunyai peluang atau sebaliknya di dalam program tersebut.
3 perkara yang perlu di perhatikan dalam memilih program HYIP.
1. Kebenaran program - Jika program tersebut menyatakan keuntungan yang diberikan kepada pelabur adalah daripada trading, adakah benar company tersebut menjalankan trading? (hampir kesemua program HYIP tidak ada projek di belakang program mereka, Rooling money semata mata)
2. Plan dan tempoh pembayaran keuntungan - Perhatikan berapa lama tempoh matang satu satu plan dan perhatikan sudah berapa lama program berjalan. 2 perkara ini berhubung kait dalam menentukan jangka hayat 1 1 program HYIP
3. Customer Support - Apakah program tersebut mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Telegram atau seumpanya. Perhatikan setiap akaun media sosial program tersebut untuk melihat review dari pada pelabur dan support dari owner program.

Agak susah untuk menentukan jangka hayat 1 1 program HYIP, ianya hanya lebih kepada nasib jika anda berjaya menjana keuntungan daripada program seperti ini. Tetapi jika anda tahu cara untuk membuat penilaian, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan risiko.

Perhatikan ketiga tiga program di bawah. Apa yang dapat di simpulkan, apakah persamaan ketiga tiga tiga program dan apakah yang menentukan jangka hayat satu satu program tersebut?

cara mudah kumpul bitcoin online

Program ini antara program HYIP yang paling lama bertahan iaitu beroperasi selama hampir 5 tahun. Tetapi jika anda lihat pada laman web program ini yang kononnya berdasarkan perniagaan insurans, SANGAT TIDAK MEYAKINKAN. Yang membolehkan program ini bertahan kerana tempoh matang program adalah 555 hari iaitu hampir 2 tahun dan pulangan yang tidak terlalu tinggi. Semak web program disini.

cara mudah kumpul bitcoin online

6 Hari... Out!!! Sebab... Lihat pada plan.... Hanya orang terencat sahaja yang akan join dalam program yang 1 ini.. Pulangan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal dalam tempoh yang sangat singkat. 600% selepas 6 hari.. Pada hari ke-6, babai sebab da dapat kumpul wang. Rujuk laman web program ini...

cara mudah kumpul bitcoin online

Untuk program ini pula, telah berjalan selama 12 hari. Tempoh matang plan pula adalah 25 hari. Pulangan agak tinggi. Untuk mengetahui program ini mampu bertahan selepas 25 hari, boleh semak semula selepas 25 hari. Laman web program ini kelihatan agak Ok, tetapi tiada sebarang akaun media sosial disediakan untuk untuk program ini. Akaun media sosial membolehkan anda mengetahui kelancaran pembayaran atau perjalanan satu satu program tersebut.

Kesimpulannya sebelum menyertai program HYIP, perhatikan
1. Plan dan tempoh pulangan.
2. Ketahui sudah berapa lama program tersebut wujud.
3. Perhatikan laman Web dan media sosial program.

Ketiga tiga faktor ini dapat menentukan sebesar mana peluang dan risiko anda dalam program tersebut tetapi ketiga tiga faktor ini bukan jaminan untuk anda membuat penilaian yang tepat dalam program tersebut.

PELABURAN ADALAH BIDANG YANG BERISIKO. JIKA ANDA TIDAK SANGGUP MENANGGUNG RISIKO KERUGIAN, PELABURAN TIDAK SESUAI UNTUK ANDA

P/s : Post di atas berdasarkan jatuh bangun admin dalam program HYIP

Thursday, December 28, 2017

Kumpul Bitcoin Percuma Di Coinpot

7:25 AM 0

Kumpul Bitcoin Percuma Di Coinpot

Apa itu Coinpot?
Coinpot adalah satu web yang bertindak sebagai Multiwallet yang mengumpulkan beberapa Faucet/sumber coin yang akan memberikan anda coin secara percuma.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah claim atau tebus coin yang di berikan mengikut kitaran waktu yang telah di tetapkan.

Terdapat 5 coin yang boleh anda kumpulkan secara percuma iaitu :
1. Bitcoin
2. Bitcoin Cash
3. Dogecoin
4. Litecoin
5. Dash

 Dari web web Faucet ini, coin yang anda dapat secara percuma akan di masukkan ke dalam multiwallet coinpot dan di kumpulkan di Coinpot. Apabila anda mencapai mengumpul kuantiti minima coin yang boleh di keluarkan, bolehlah anda keluarkan coin coin tersebut ke wallet peribadi anda.

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot

Bagaimana untuk mengumpulkan coin percuma menggunakan Coinpot ini?
Pertama anda perlulah mendaftar terlebih dahulu akaun Coinpot anda disini.
Ikut arahan yang diberikan sewaktu mendaftar.

Setelah anda mendaftar di Coinpot. Daftar pula di setiap web faucet di bawah untuk mendapatkan coin coin percuma anda.

1. Bitcoin
Web Faucet 1 (Bit Fun)
(Penebusan coin setiap 3 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


(Penebusan coin setiap 15 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


Web Faucet 3 (Moon Bitcoin)
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


2. Bitcoin Cash
(Penebusan coin setiap 5 minit)



3. DogeCoin
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Dogecoin percuma


4. Litecoin
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Litecoin percuma


5. Dash
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Dash Percuma di Coinpot

Adakah berbaloi menebus coin coin percuma ini di Coinpot?

Pertama sekali, perlu anda faham bahawa, coin coin ini diberikan percuma sahaja.
FREE OF CHARGE tanpa sebarang bayaran.
Hanya memerlukan sedikit kerajinan (sedikit sahaja) dan kesabaran untuk menebus coin coin yang di berikan. Purata 5 minit untuk setiap kali penebusan bagi kesemua coin.
Memang sekali penebusan, tak banyak coin yang akan anda dapat, Nama pun free...
Tapi jika di kumpul, kan jadi banyak... Macam cik akak yang kat bawah ni, saya pun terkejut dia punya coin...

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot
Untuk pengetahuan, coin akan TERUS BERTAMBAH di dalam faucet claim anda walaupun anda claim coin sehari sahaja sekali. Maksudnya... katakan anda claim Moon Bitcoin 5 minit sekali... jam 1 anda claim, sepatutunya next claim jam 1:05. Pada jam 1:05 tu walaupun anda tak claim, coin akan terus bertambah dari last claim anda.

Maksudnya coin yang tak berhenti berjalan untuk setiap 5 minit. 5 minit tu hanya selang waktu untuk anda buat claim. Jadi tak perlulah paksakan sangat diri tu untuk claim tiap 5 minit.. Pinau biji mata.. huhu... Cukup sekadar sehari sekali atau 24 jam sekali claim. Kalau boleh claim tiap 5 minit, lagi terbaik lah. Cepatlah bertambah coin coin anda.

Tip & Trik Claim Bitcoin Dari Coinpot

Tak ada tips tak ada trick pun.. hehe...
"Cukup sekadar sehari atau 24 jam sekali claim"
saya petik balik ayat saya di atas..
Walaupun coin bertambah tiap waktu, tapi jika anda rajin, ianya akan mempercepatkan lagi kuantiti anda untuk bertambah melawan waktu..
Maksudnya.....?
Ali claim coin bitcoin 3 hari sekali...
Aminah claim bitcoin tiap 2 jam sekali....
Pada hari ketiga...kuantiti bitcoin yang dapat di tebus Ali sebanyak 0.00005 Bitcoin.
Aminah pula berjaya kumpul bitcoin selama 3 hari yang sama sebanyak 0.00008 Bitcoin (Contohhhhh)

Kenapa boleh jadi macam tu?
Sebab, dalam faucet tu ada bonus kerajinan (Daily Loyalty Bonus) dan bonus misteri (Mystery Bonus)

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot

Paling malas, claim la dalam tempoh 24 jam sekali.. Kalau dapat 100% Daily Loyalty Bonus tu, sekali claim memang sedap... Tapi kalau anda miss sehari claim coin dari coinpot, Daily Loyalty Bonus ni akan jadi 0% balik walaupun anda dah capai 100% Daily Loyalty Bonus. Rugi.. Jadi sila lah claim minima sehari sekali untuk mengelakkan kehilangan Daily Loyalty Bonus.

Mystery Bonus... Nama pun misteri.. misteri la kan.. Bonus ni tak menentu.. Bonus dalam bentuk %.. Dapat % tinggi untuk penebusan tu, banyak la sikit dlam claim... Macam contoh di bawah, misteri bonus dapat 21%, sepatutnya dapat 0.00000072 BCH, dapatlah 0.00000091 BHC. Semakin tinggi Bonus misteri, semakin tinggi la coin yang dapat di claim tu bertambah... Cara pengiraan, tak payah tanya abam, abam tau coin tu bertambah je.. haha

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot

Semakin rajin, semakin cepat la dapat kumpul coin.... Di bawah rate penebusan untuk Bitcoin Cash mengikut waktu claim yang anda buat (Akan berubah ubah)

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot

Kadar pemberian coin coin ini akan berubah ubah mengikut penetapan pihak Coinpot.
Jika anda setiap hari claim coin coin yang ada dalam Coinpot, anda akan perasan 1 masa kadar pemberian coin akan sedikit.. 1 masa kadar pemberian caoin akan banyak.
Contoh waktu kadar pemberian coin sedikit, contoh Bitcoin.. untuk 5 minit, bitcoin yang anda boleh claim mungkin 1 atau 2 satosi. Tapi jika kadar pemberian coin banyak 5 minit anda boleh dapat sehingga 20 satoshi.
Waktu kadar pemberian coin banyak ni, rajin rajin kan diri untuk lebih sering claim coin coin di Coinpot. Kalau boleh tiap 5 minit, lenjan claim tiap 5 minit.

********************************************

Untuk memudahkan setiap penebusan dan mengelakkan rasa malas dan leceh melakukan penebusan menguasai diri, download coinpot App. Tak perlu lagi nak masuk masuk web. Renyah!
Ada banyak coinpot app yang terdapat di Play Store juga App Store. Pilih mana berkenan. Fungsi lebih kurang sama sahaja semua.

***********************************

Setiap kali anda tebus coin coin yang ada di coinpot, anda bukan sahaja mendapat coin yang anda tebus, tetapi anda juga akan mendapat coinpot token.

Coinpot token ni juga bernilai di mana anda boleh tukarkan token token ini kepada coin coin pilihan anda tak kira samaada bitcoin, Bitcoin Cash, Litecoin, Dogecoin, atau Dash.

Lihat contoh di bawah

kumpul bitcoin percuma dengan coinpot

Gambarajah di atas menunjukkan 12600 token jika di convert kepada Bitcoin, akan mendapat 0.00030 Bitcoin.

Coin coin lain juga boleh di convert kepada token atau coin pilihan anda.

Bermakna semakin anda rajin, semakin cepat token dan coin anda bertambah.

******************************************

Coinpot Update March 2019 : Challenges

Baru baru ini coinpot ada membuat update atau pertambahan feature pada sistem mereka iaitu
Challenges

Feature Challengers ini adalah anda akan mendapat bintang berdasarkan task task yang di tetapkan.
1 bintang yang anda perolehi, anda akan mendapat 100 token. 2 bintang, 200 token, 3 bintang 300 token dan seterusnya.

Terdapat pelbagai kategori task yang perlu anda lengkapkan untuk membolehkan anda mendapatkan bintang. Boleh rujuk sini untuk kategori task Challenges Coinpot

Dan jika anda berada di dalam senarai 25 pengumpul bintang terbanyak, anda akan mendapat bonus token sehingga 10 juta token. Banyak tu!
10 juta token bersamaan 0.2 BTC!

kumpul bitcoin percuma dengan coinpot


Coinpot... FREE, PAYING AND TRUSTED SITE 
yang belum daftar, klik link link di bawah untuk mendaftar.
Selepas daftar download applikasi Coinpot untuk memudahkan penebusan coin coin di Coinpot

1. Bitcoin
Web Faucet 1 (Bit Fun)
(Penebusan coin setiap 3 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


(Penebusan coin setiap 15 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


Web Faucet 3 (Moon Bitcoin)
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul bitcoin percuma coinpot


2. Bitcoin Cash
(Penebusan coin setiap 5 minit)



3. DogeCoin
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Dogecoin percuma


4. Litecoin
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Litecoin percuma


5. Dash
(Penebusan coin setiap 5 minit)

Kumpul Dash Percuma di Coinpot

Tuesday, December 26, 2017

Cara Membeli Coin Selain Bitcoin

4:50 AM 0

Cara Membeli Dan Menyimpan Coin Lain Selain Bitcoin

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

Kepada yang masih baru dalam Cryptocurrency atau mata wang Digital terutama di Malaysia, mungkin anda hanya tahu cara untuk membeli Bitcoin dan menyimpannya di LUNO, Coinhako, XBit Asia, PinkExchange dan beberapa lagi (Paling ramai mungkin di LUNO). Ini kerana ke semua Exchanger terbabit membolehkan anda membuat pertukaran Bitcoin ke RM melalui bank di Malaysia.

Bagaimana pula jika anda ingin membeli coin lain selain Bitcoin seperti Ethereum, Litecoin, Doge dan coin coin yang lain?

Salah satu cara adalah menggunakan servis pertukaran coin dari Coinexy.
Di Coinexy anda boleh terus membuat pertukaran coin coin pilihan yang ada dengan tunai (jika ada pembeli atau penjual untuk coin tersebut). Bermakna, jika anda mempunyai coin Litecoin, ingin tukarkan kepada tunai, anda tidak perlu menukarkannya kepada Bitcoin terlebih dahulu.



Di Coinexy, terdapat 4 coin yang boleh di jual beli iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Doge.
Walaubagaimanapun, di Malaysia, belum ramai yang menggunakan servis pertukaran mata wang digital atau Exchanger Coinexy ini. Hanya ada beberapa individu sahaja yang bersedia untuk membeli dan menjual coin-coin yang di sebutkan di atas. Ini mungkin disebabkan rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada Bitcoin dan menggunakan Exchanger LUNO terutama yang baru berjinak-jinak dengan mata wang digital ini.

Exchanger Coinexy tidak banyak berbeza cara membuat pertukaran coin dengan tunai dengan Exchanger Remitano, iaitu kaedah Peer-To-Peer, tetapi Remitano hanya menawarkan tukar beli Bitcoin dan Ethereum sahaja.

Contoh anda ingin membeli coin Litecoin di Coinexy, cara adalah :
1. Login ke akaun Coinexy anda. Daftar jika belum mendaftar. Pendaftaran Coinexy.
2. Klik pada menu "Buy Coin", Pilih "LTC" dan pilih seller yang bersedia untuk menjual Litecoin.

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

3. Set jumlah pembelian yang ingin anda beli. PASTIKAN SELLER/BUYER BERSTATUS VERIFIED


cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

4. Lakukan pembayaran mengikut jumlah bayaran yang di minta. SILA IKUT ARAHAN YANG DI BERIKAN SEWAKTU PROSES TRANSASKSI

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

5. Setelah pembayaran di buat, Klik pada butang "Comfirm payment" dan masukkan wallet address anda samaada wallet address di Coinexy atau Wallet Address Litecoin anda.

Untuk menyimpan Litecoin, anda boleh menggunakan wallet dari Coinami yang boleh di download di Google Play

wallet untuk coin litecoin dan altcoin multiwallet

Thursday, December 21, 2017

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

11:14 PM 0

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

Pada 18 Disember 2017 yang lalu, Luno mengeluarkan notis bahawa mereka sedang menghadapi isu dengan BNM di mana mereka menghadapi masalah untuk urusan keluar masuk wang malalui bank Maybank mereka.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Dari masa ke semasa, pihak Luno akan update sebarang progress mereka dengan pihak bank.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Bukan sahaja Luno, beberapa exchanger lain yang menyediakan servis tukaran Bitcoin ke tunai direct dengan bank di Malaysia akan menghadapi masalah yang sama.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Hal ini bukan bermakna Mata wang Digital atau Bitcoin tidak dapat digunakan di Malaysia, ia hanya sebagai langkah untuk memantau penggunaan mata wang digital Bitcoin ini di malaysia agar lebih telus (Ada 'masuk' = Telus)

Masalah di Luno bukan lah masalah yang membabitkan Bitcoin, Tiada sebarang masalah dalam memindahkan Bitcoin sesama pengguna, ia hanya membabitkan isu di antara pengendali tukaran mata wang digital Bitcoin dengan Bank pusat Malaysia.



Alternatif lain untuk berjual beli Bitcoin di Malaysia

Sesiapa sahaja mampu mendapatkan Bitcoin tanpa bergantung kepada pihak ketiga atau Bank dan sememangnya itu adalah sifat Bitcoin. Selain membeli atau menjual bitcoin menggunakan pihak ketiga seperti Luno, anda masih boleh membeli atau menjual Bitcoin sesama pengguna Bitcoin sesuai dengan harga yang di persetujui. Ada penawaran ada permintaan, deal. Asalkan jangan tertipu. Sentiasa berurusan dengan pihak yang anda percayai seperti rakan rakan atau individu yang boleh anda track identiti mereka.

Selain dari itu, anda masih boleh berjual beli Bitcoin melalui perkhidmatan Remitano.
Remitano bersifat hampir sama dengan LUNO tetapi sedikit berbeza. Jika di LUNO, LUNO yang akan menguruskan transasksi jual beli Bitcoin, deposit ke akaun bank LUNO, dan terima tunai dari bank atas nama LUNO, tetapi di Remitano, transasksi jual beli Bitcoin adalah secara direct antara 2 pihak. Pembeli akan transfer wang ke akaun bank penjual Bitcoin, penjual Bitcoin akan transfer Bitcoin ke wallet Bitcoin Remitano si pembeli. Remitano hanya orang tengah yang mengawal transaksi tersebut agar tiada sebarang penipuan berlaku. Dan untuk memboleh anda membeli atau menjual Bitcoin melalui Remitano, anda perlu memberikan detail detail peribadi kepada pihak Remitano untuk tujuan keselamatan Transaksi in-case berlaku perkara yang tidak diigini.

Di Remitano anda boleh membuat urusan transaksi Bitcoin secara langsung atau secara bidding.

Untuk mendaftar di Remitano, klik link di bawah.


Selepas mendaftar, sila sahkan identiti anda dengan memberikan segala maklumat dan dokumen seperti yang di minta. Selepas identiti anda di sahkan, anda sudah boleh mula membeli dan menjual Bitcoin anda.

Cara membeli Bitcoin di Remitano

1. Cari senarai 'Seller' dan pilih yang anda ingin deal. Senarai paling atas adalah Seller yang paling murah. Pilih 'Seller' yang identiti sudah di verified untuk keselamatan. Contoh list 'Seller' seperti di bawah

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

2. Setelah anda memilih siapa 'Seller' yang ingin anda berurusan, lakukan bayaran ke akaun bank 'Seller' tersebut mengikut kuantiti yang ingin anda beli dan harga yang telah di tetapkan dan tunggu Bitcoin di pindahkan ke Wallet Bitcoin anda atau Wallet Bitcoin Remitano anda seperti yang anda set.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

Cara Menjual Bitcoin Di Remitano

Jika anda ingin menjual Bitcoin anda pula, anda cari dan pilih list 'Buyer' yang sudah bersedia untuk membeli Bitcoin anda. Klik pada 'Buyer' yang ingin anda jual bitcoin anda dan QR Code wallet 'Buyer' akan di berikan. Transfer Bitcoin anda ke wallet Address 'Buyer' dan tunggu 'Buyer' Transfer duit ke akaun bank anda. Pastikan anda telah set akaun bank anda di dalam akaun Remitano anda.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO
Kekurangan Remitano dari LUNO adalah ada had minima untuk jual dan beli Bitcoin dari setiap penjual/pembeli yang telah mereka set berbanding di LUNO.


Pengomen Terbaik