Teknik Buat Duit Kumpul Bitcoin Dengan HYIP
Sebelum ini saya ada menulis tentang buat duit atau kumpul bitcoin dengan program HYIP dimana saya kongsikan beberapa kriteria yang perlu dilihat untuk buat duit dengan HYIP ini.
Kali ini saya akan kongsikan pula teknik dalam 'bermain' dengan program HYIP.
Secara ringkas, untuk menghasilkan keuntungan dalam program HYIP, anda perlu melalui 2 proses :
1. Anda perlu memilih program HYIP yang anda rasakan anda mempunyai peluang untuk mendapat keuntungan.
2. Teknik atau strategi bermain dalam program HYIP.
Teknik atau strategi bermain dalam program HYIP ini lebih kepada bagaimana anda mengatur wang anda. Program mana yang perlu di dahulukan yang mana yang perlu di kemudiankan.
Dalam program HYIP, adalah penting untuk anda mendapatkan kembali modal anda secepat mungkin. Untuk mendapatkan kembali modal anda, faktor pemilihan program sangat penting terutama program terawal yang anda sertai.
Jika anda berjaya mendapat keuntungan di awal program, semestinya anda tidak mengalama kerugian seterusnya anda boleh sertai program HYIP yang seterusnya tanpa perlu lagi mengeluarkan modal poket. Hanya menggunakan keuntungan dari program yang pertama sahaja.
Bagaimana untuk mendapatkan kembali modal anda secepat mungkin walau tidak mencari downline?
Terdapat banyak program yang menawarkan plan yang membolehkan anda mendapatkan kembali modal anda dalam tempoh singkat. Berapa lama tempoh program tersebut dapat bertahan adalah sangat penting. Untuk membuat anggaran berapa lama program tersebut dapat bertahan dan adakah anda berpeluang mendapat keuntungan dari program tersebut adalah berdasarkan Sudah berapa lama program tersebut berjalan, plan pulangan yang di tawarkan dan tempoh matang 1 1 plan yang di tawarkan. Jika program tersebut masih berjalan setelah melepasi tempoh matang plan yang mereka tawarkan, bermakna owner program tersebut mampu 'rolling duit' dengan plan yang mereka susun dan juga bagaimana mereka membayar kepada pelabur pelabur mereka yang aktif (Bonus Referral)
TIPS : PILIH PROGRAM YANG TELAH BERJALAN MELEPASI TEMPOH MATANG MAKSIMA 1 1 PLAN YANG DI TAWARKAN TETAPI JANGAN TERLALU JAUH DARI TEMPOH MATANG.
Lihat contoh di bawah
Tetapi jika anda menyertai program yang belum melepasi tempoh matang dan menawarkan pulangan yang terlalu tinggi, RISIKO ANDA KEHILANGAN MODAL ANDA LEBIH TINGGI.
Jika di awal program anda berjaya menjana keuntungan, keluarkan modal beserta profit anda (atau separuh keuntungan di labur semula) dan cari pula program yang lain menggunakan profit dari program pertama. JANGAN STAY DALAM PROGRAM YANG SAMA KERANA PROGRAM AKAN SCAM PADA BILA BILA MASA. Dsini anda perlu kawal emosi dan rasa tamak anda.
Untuk program yang seterusnya, lakukan proses yang sama.. Disini anda hanya perlu mengeluarkan modal anda ppertama kali sahaja jika anda berjaya menjana keuntungan di awal program, program seterusnya anda hanya perlu bermain dengan profit.
Dari profit tersebut, separuh anda simpan, dan separuh gunakan sebagai modal untuk program yang lain..
Program HYIP hanya untuk anda mengumpul modal dan sebagai tapak untuk mereka yang kurang berkemampuan atau tidak berani untuk melabur dengan jumlah yang besar.
No comments:
Post a Comment