Wednesday, April 8, 2020

Review Pendapatan Express Affendy Zain

Review Pendapatan Express, Jelmaan Semula Program Penipu Duit Cloud

Pendapatan Express Review...
Pendapatan Express betul atau tipu... 



Tengah kelebek kelebek sumber traffik di blog ni, ternampak 1 kata kunci 'Pendapatan Express betul atau tipu' yang tersasar ke blog abam ni...

Pendapatan express ni apa pula?
Abam pun cari la di Google 'Pendapatan Express' sebab nak tahu apa kebenda program Pendapatan Express ni sebab baru tahu....

Google punya google jumla la web
Pendapatan Express ni..... Perenggan pertama abam baca, macam kenal ayat super power dia.... Baca panjang sikit ke bawah.....
Tepat sangkaan abam.... 
Pendapatan Express ni jelmaan program
Duit Cloud dulu yang dah pernah abam review....

Review pendapatan ekspres


 Sekarang ni web DuitCloud.com da tak ada..
Tah di padam si penipu ni atau apa tak tahulah....

Kepada yang baru nak join Pendapatan Ekpress ni, lupakan je hasrat tu... Atau lepas ni terjumpa sesiapa yang promote Pendapatan Express ni di Facebook ngaku dapat banyak duit tayang akaun bank, tak payah cepat terliur, sebab Pendapatan Express ni menipu je... Wayang lebih....

Untuk pengetahuan, owner DuitCloud.com dengan PendapatanExpress.com adalah orang yang sama.. Iaitu Affendy Zain. Cuma web DuitCloud.com dah tak boleh masuk mungkin sebab dah kurang dapat sambutan dek kerana dah ramai tahu DuitCloud ni scam... Dalam web DuitCloud dulu, terang terang dia tunjukkan rupa dia siap dengan video, dalam web baru Pendapatan Ekspres ni, dia blur blur kan sikit,cuma part last je dia tunjukkan rupa dia, tu pun antara nampak dengan tak nampak
Mungkin dia tak nak orang tahu dia kaki penyamun DuitCloud yang dulu.. Huhu

Owner duit cloud pendapatan ekspres

Tak percaya Pendapatan Express jelmaan DuitCloud???

Buka web PendapatanExpress.com
Baca sekilas dari atas sampai bawah... Camkan gambar owner.... Kemudian, baca review abam tentang DuitCloud dulu. Sama ke tak penyusunan ayat, testimoni dengan muka si owner tu.....

Disebabkan Pendapatan Express ni jelmaan DuitCloud, tak payah la abam story panjang tentang Pendapatan Express ni sebab akan sama dengan review Duit Cloud...

Kepada yang dah terbayar duit kepada si penyamun Pendapatan Express tu, lepas ni belajar belajar cara supaya tidak terlalu mudah di tipu dengan hanya melalui ayat ayat manis, atau gambar gambar kereta mewah, rumah mewah percutian mewah.... Sebab tak susah pun nak menipu melalui laman web ni...

************

Abam bukan dengki orang buat duit online ni....
Abam pun ada juga join program program online..
Abam juga bukan anti program buat duit online ni... Tapi......
KALAU DAH TERANG TERANG NAK MENIPU ORANG.... KESIAN LA ORANG LAIN YANG TERKENA TU DAN YANG BAKAL TERKENA......

Harga untuk dapatkan software Pendapatan Ekspres merapu meraban si mamat Affendy Zain ni RM350 bang..... Cukup untuk belanja dapur sebulan bagi mereka yang cukup cukup makan...
Kalau kena kencing dengan produk Pendapatan Ekspres mamat ni, alahaiiiii... Kesian weiiii.
Orang punya payah cari duit, mamat ni senang senang je buat cerita kartun konon boleh dapat duit RM50K 1 bulan.... Yang baru berniat nak dapatkan atau beli Pendapatan Ekspres ni, tolong jangan terlalu mudah percaya....!

No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik