Showing posts with label tutorial bitcoin. Show all posts
Showing posts with label tutorial bitcoin. Show all posts

Saturday, July 21, 2018

Exchanger Baru Pinkexc

1:48 AM 0

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc


Kepada penyimpan dan pemegang mata wang digital, ada 1 exchanger baru yang muncul, iaitu Pinkexc. Apa yang best, exchanger ni lahir di Malaysia yang mana pejabatnya berada di Ipoh.
Alamat lengkap nya

1 Jalan Meru Bestari A14,
Medan Meru Bestari,
30020 Ipoh, Perak.

ALamat office exchanger PinkExc ipoh

pejabat exchanger PinkExc ipoh


Kalau sebelum ni ramai yang menggunakan Luno, Remitano CoinCeo dan yang lain lain Exchanger Bitcoin. Tapi itu semua bukan dari Malaysia. Jadi kalau dah ada Exchanger dari Malaysia, kasi Support sikit la kan.. huhu.

Jom kita selongkar sikit Exchanger Pinkexc kelahiran Malaysia ni.. hoho...

Apakah kelebihan Pinkexc ni?
Yang pertama nya tentulah sebab dia lahir di Malaysia, siap ada pejabat urusan lagi...
Antara servis yang ada dan disediakan oleh pihak Exchanger Pinkexc ni ada 3 iaitu :
1. Crypto Exchange
2. Online Direct
3. Dispenser Machine (ATM)

1. Crypto Exchange

Ini untuk crypto crypto Trader, boleh la try trading platform dari Pinkexc ni...
Pinkexc trading platform ni boleh trade Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ringgit Malaysia, Dash, Doge dan Life.
Pair yang boleh trade pula adalah :
MYR/BTC
ETH/MYR
LIFE/MYR
ETH/BTC
DOGE/BTC
DASH/BTC
LTC/BTC
LIFE/BTC
LIFE/ETH

Di bawah paparan trading dashboard Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Den bukan Crypto Trader, jadi jangan tanya den la pasal trading trading ni, memang tak faham grapf tu.. adeh... Tapi kalau korang trader, boleh la try trade..hehe

1 lagi kelebihan yang ada dalam tradin gplatform Pinkexc ni adalah, dia ada 'Commercial Option'.
Commercial Option ni berguna kepada korang yang ada buat bisnes.
katakan korang ada buka kedai Vape, dengan 'Commercial Option' ni, korang boleh create medium pembayaran di kedai korang menggunakan mata wang digital ni, Boleh create pembayaran guna Bitcoin, Litecoin atau LIFE.

Bila da set, akan dapat macam ni .. dan tempek la dekat web bisnes korang atau print out then tempek dekat meja cashier... Contoh laaa...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Of course ada fees untuk pihak Pinkexc sebab dia sediakan platform ni, 2.5% atas harga produk atau service yang menggunakan platform diorang :)
Fees tu korang boleh set, 100% korang yang bayar atau dikenakan ke atas customer waktu dia nak bayar atau 50% korang tanggung, n 50% lagi customer tanggung.


Untuk lebih detail, sila register di Pinkexc Trading Platform.


******************************************************

2. Online Direct

Online Direct ni, Pinkexc bertindak sebagai escrow atau orang tengah. Sebijik macam Remitano. Kalau pernah jual beli mata wang digital di Remitano, ha macam tu lah di PinkExc yang mana PinkExc sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli.

Untuk menggunakan service Online Direct PinkExc ni, kena verified akaun dahulu sampai level 2. kalau tak, tak boleh jual atau beli.

Untuk Pinkexc Online Direct, boleh register disini.

*******************************************************

3. PinkExc Dispense Machine (ATM)

Yup, PinkExc juga ada sediakan mesin ATM untuk mata wang Digital ni...
Ada dua model mesin ATM di PinkExc ni...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

mesin atm bitcoin di ipoh

Crypto ATM Machine ni ada di office PinkExc....

Selain di office PinkExc, Crypto ATM Machine ni juga pihak PinkExc ada letak di di salah sebuah stesen minyak di Kuala Kangsar..

JSA Shell Station (Sh Jalan Kuala Kangsar Ipoh 1)


mesin atm bitcoin di ipoh


Untuk PinkExc cRYPTO atm Machine ni...
transaksi adalah 10%...hiii..
Minima Transaction RM50 dan maksima RM5,000 1 hari.
Mata wang digital yang boleh di beli atau di jual di ATM ni adalah Bitcoin, Litecoin dan Dash

Klik banner di bawah untuk mendaftar di PINKEXC


Nota tapak kaki : Luno masih demam, rate rendah sesangat2... Antara exchanger tukaran mata wang digital yang agak ok, Remitano dan CoinCeo.

Saturday, October 28, 2017

Cara Membeli Bitcoin Dari Luno

8:19 PM 0

Cara Membeli Bitcoin Dari Luno

Setelah anda mempunyai Wallet Bitcoin Luno, langkah seterusnya anda perlu mempunyai Bitcoin anda sendiri.
Di dalam post ini saya akan tunjukkan cara untuk membeli Bitcoin dari Luno.

Ikut langkah langkah di bawah untuk membeli Bitcoin.
Nilai RM di bawah sekadar contoh.

cara membeli bitcoin dari luno

1. Masuk ke Applikasi wallet Luno anda di Handphone. Klik menu "FUND"
2. Pilih dari akaun bank mana anda ingin lakukan deposit tunai. Jika anda pilih CIMB, anda perlu lakukan transfer dari akaun CIMB anda. Jika anda pilih Maybank, anda perlu lakukan transfer dari Maybank anda.
3. Masukkan jumlah wang yang ingin anda transfer ke Luno. Setelah masukkan nilai RM, klik anak panah di sebelah atas kanan berwarna oren.
4. Paparan seperti no 4 akan tertera yang mengandungi maklumat bank Luno, sila lakukan bayaran ke akaun bank yang di berikan secara online transfer. Setelah bayaran di buat, klik "I HAVE SENT THE PAYMENT"
Perhatian : Hanya boleh menggunakan online transfer. Transfer dari ATM atau CDM tidak di terima.
Sewaktu melakukan online transfer, sila pastikan anda memasukkan kod pengesahan yang di berikan kepada anda. Dalam gambar di atas kod pengesahan saya adalah BX58EW54E, setiap orang mempunyai kod yang berbeza. Masukkan kod tersebut di bahagian "Reference" dan "Other Payment Detail" sewaktu membuat online transfer. Kegagalan memasukkan kod ini, wang anda tidak akan di masukkan ke wallet Luno anda.
5. Notification seperti gambarajah 5 akan keluar. Tungu wang anda di masukkan ke wallet Luno anda. Anda akan mendapat email apabila wang anda telah di masukkan ke Wallet Luno anda.

*******************************************************

Setelah wang anda di masukkan ke wallet Luno anda, ikut langkah di bawah untuk membeli Bitcoin. Nilai belian di dalam gambarajah di bawah sekadar contoh.

1. Apabila wang anda telah di masukkan ke wallet Luno anda, anda boleh semak di bahagian "ACCOUNT"
2. Klik menu "BUY"
3. Masukkan nilai RM yang ada dalam wallet Luno anda untuk membeli Bitcoin. Contoh di bawah saya ingin membeli Bitcoin dengan jumlah RM10. Setelah masukkan jumlah belian, klik anak panah berwarna oren.
4. Paparan seperti no 4 akan keluar, klik sekali lagi anak panah berwarna oren.
5. Anda di minta memasukkan 4 digit PIN yang anda set sewaktu login ke app wallet Luno anda.
Sekiranya lupa 4 digit PIN anda, logout app Luno anda dan login semula dan set semula 4 digit PIN anda yang baru)
6. Selesai. Tunggu Tunai anda tadi ditukarkan kepada Bitcoin dan Bitcoin di masukkan ke Wallet Luno anda dan anda boleh membuat pembayaran menggunakan Bitcoin yang anda ada di dalam Wallet Luno anda tadi.

cara membeli bitcoin dari luno


Cara Mendaftar Wallet Bitcoin LUNO

8:15 PM 0

Cara Mendaftar Wallet Bitcoin (LUNO)

Untuk membolehkan anda memiliki dan menyimpan Bitcoin anda, anda terlebih dahulu perlu mempunyai wallet Bitcoin

Terdapat banyak wallet Bitcoin yang boleh anda miliki. Wallet Bitcoin ini sama seperti bank yang berfungsi menyimpan wang. Tetapi wallet Bitcoin untuk menyimpan Bitcoin anda.
Antara wallet bitcoin yang sering diguna pakai adalah Blockchain, Luno, Wirex, Xapo dan banyak lagi. Beza wallet wallet ini adalah dari segi tahap keselematannya.

Didalam post ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk mendaftar wallet Bitcoin (Wallet Luno) sekaligus membeli Bitcoin anda sendiri. Mengapa wallet Luno? Ini kerana wallet Bitcoin dari LUNO lebih Friendly user atrau mudah digunakan terutama kepada yang baru mengenali dunia Crypto terutama Bitcoin selain di Luno, mudah untuk anda menukarkan Bitcoin anda kepada tunai dan seterusnya membuat pengeluaran tunai di bank bank tempatan anda.

********************************

Ikut langkah di bawah untuk mendaftar wallet Bitcoin LUNO anda.
1. Sila download terlebih dahulu applikasi LUNO di Play Store ke Handphone anda.

cara mendaftar wallet bitcoin luno

2. Buka App Luno yang telah di download tadi dan klik pada butang "SIGN UP"

cara mendaftar wallet bitcoin luno

3. Isikan Email dan Password yang ingin anda set untuk Wallet Luno anda. Klik butang "SIGN UP"


4. Paparan seperti di bawah akan muncul memberitahu 1 email pengesahan di hantar ke email anda, klik butang "OPEN EMAIL APP" untuk masuk ke email anda.


5. Cari email daripada Luno bertajuk "CONFIRM YOUR EMAIL ADDRESS", buka email tersebut dan klik pada butang "COMFIRM EMAIL ADDRESS".

cara mendaftar wallet bitcoin luno

6. Setelah klik butang confirm tersebut, anda akan di bawa semula ke app Luno. Paparan seperti di bawah akan muncul meminta anda set 4 digit PIN pengesahan Transaksi
(PIN ini hanya di minta jika anda membuat transaksi melalui App luno)


7. Selepas itu, anda akan di bawa ke dalam Wallet Luno anda. Paparan seperti di bawah akan muncul, klik pada "LET'S GO"

cara mendaftar wallet bitcoin luno

8. Paparan di bawah akan muncul, Klik "VERIFY IDENTITY"


9. Masukkan No Handphone anda dan klik butang "SEND CODE"


10. Paparan seperti di bawah akan keluar, Satu SMS dari Luno akan masuk ke Handphone anda yang mengandungi 4 digit nombor. masukkan no tersebut di bahagian yang di minta dan klik Submit, paparan di bawah akan muncul menyatakan no Handphone anda telah disahkan.
Klik butang "NEXT STEP".


11. Selepas klik "next step" anda di bawa semula ke halaman depan wallet Luno. Klik 3 garis di sebelah atas kiri dan klik pada menu "SETTING" untuk mengisi maklumat diri anda.


12. Isi butiran diri anda seperti yang di minta, seterusnya klik butang "SUBMIT"


13. Paparan seperti di bawah akan muncul menandakan maklumat diri anda telah di sahkan dan anda telah melepasi level 1 Luno. Klik "DONE"


14. Klik semula 3 garis sebelah atas kiri, Klik "SETTING" semula. Klik pada bahagian "Verification Level" untuk anda upload gambar IC anda untuk anda melepasi level 2 Luno.

cara mendaftar wallet bitcoin luno

15. Upload gambar IC anda menggunakan "TAKE PHOTO" (ambil gambar IC menggunakan kamera) atau upload gambar IC yang ada dalam handphone anda dengan klik "SELECT FILE".
Gambar IC akan di sahkan dalam tempoh 24 ke 48 jam.



16. Seterusnya, anda perlu masukkan no akaun bank anda di dalam wallet Luno untuk tujuan pengeluaran wang kelak. Untuk masukkan no akaun bank anda, anda perlu login ke website Luno di www.luno.com menggunakan email dan password yang telah anda set sewaktu mendaftar wallet Luno anda tadi. Setelah login ke dalam Luno, klik pada 3 garis di sebelah atas kiri dan klik menu "BENEFICIARIES"

cara mendaftar wallet bitcoin luno

17. Klik pada butang "NEW BENEFICIARIES"


17. Klik "Beneficiary Type" dan pilih Bank Account, seterusnya masukkan no akaun bank dan nama bank anda dan klik butang "ADD BANK ACCOUNT"


18. Paparan seperti di bawah akan muncul menandakan akaun bank telah di masukkan.


19. Langkah terakhir, klik semula 3 garis di sebelah atas kiri, klik menu "PROMOTION"


20. Paparan seperti di bawah akan keluar, klik pada "ENTER CODE" dan masukkan kod SNNCT. Klik butang "APPLY CODE".


21. Selesai. Wallet Luno anda telah siap di setup dan sudah boleh di gunakan untuk transaksi Bitcoin.

******************************************




Apa Itu Bitcoin

8:10 PM 0

Apa Itu Bitcoin

apa itu mata wang digital bitcoin

Bitcoin adalah satu mata wang baru yang telah merebak yang bakal menggantikan penggunaan wang fiat (Wang Syiling dan wang kertas) dalam sedikit masa lagi. Bitcoin adalah mata wang digital yang sesuai dengan namanya "Mata Wang Digital" yang hanya ada dalam dunia internet. Tidak seperti wang fiat yang boleh di pegang atau di lihat tetapi sifatnya sama seperti duit iaitu  mempunyai nilai yang membolehkan pemilik bitcoin ini membeli barangan atau membuat bayaran menggunakan Bitcoin.

Bitcoin ini juga boleh di katakan mempunyai sifat yang hampir sama dengan emas fizikal yang mana persamaan Bitcoin dengan emas adalah yang mana nilainya makin hari makin meningkat dan jika dilihat perbandingan tahun, nilai bitcoin meningkat leebih drastik berbanding emas tetapi perbezaan tetap sama seperti wang fiat iaitu emas fizikal boleh dilihat dan dipegang.. tidak pada Bitcoin yang hanya ada dalam internet dan tidak mempunyai bentuk fizikal

Bahasa mudah...
1. Bitcoin boleh menjadi duit kerana bitcoin ini mempunyai nilai sama seperti duit yang boleh membuat pembelian atau bayaran. Bezanya nilai Bitcoin makin lama makin meningkat.. Tidak seperti wang fiat yang semakin lama semakin menyusut.
2. Bitcoin boleh menjadi emas (Aset pelaburan) kerana nilainya yang semakin meningkat saban tahun hampir sama seperti nilai emas. Bezanya Bitcoin hanya ada dalam dunia internet, Boleh dipindahkan/ditukar secara online untuk membuat pembelian atau bayaran atau menukarkannya dengai tunai. Tidak seperti emas yang bolh disimpan di dalam almari.

Bitcoin Mula Menjadi Buruan

Bitcoin telah lama wujud iaitu sekitar tahun 2008 yang di cipta oleh seseorang atau kumpulan yang misteri yang di kenali dengan Satoshi Nakamoto dan penggunaan Bitcoin hanya mula di kenali bermula pada 2011, itu pun belum lagi meluas seperti pada hari ini.


Pada waktu Post ini di buat, Julai 2017, harga 1 bitcoin mencecah hampir RM10K.


Yang di katakan Bitcoin menjadi buruan adalah kenaikan nilai atau harga untuk 1 Bitcoin meningkat secara drastik tahun demi tahun... Ini kerana harga Bitcoin 100% di tentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan. Semakin banyak permintaan dan semakin kurang penawaran, harga akan meningkat di tambah pula hanya akan ada 21 juta bitcoin sahaja yang akan terhasil di dunia ini. Berbeza dengan wang fiat yang mana nilai ringgit semakin susut kerana adanya 1 pihak yang mengawal nilai wang fiat dan tiada limit pengeluaran iaitu setiap hari akan ada wang kertas atau syiling baru yang di keluarkan


Penggunaan Bitcoin


Penggunaan Bitcoin hampir sama seperti perbankan online.
Anda pernah transfer duit pada pihak tertentu dari Maybank2U atau CIMBClicks?
Adakah anda bole membuat pemindahan online tanpa ada internet? Tidak boleh bukan? Begitu juga dengan Bitcoin.
Adakah wang yang anda transfer dari perbankan online tersebut, wangnya ada di tangan anda waktu itu? Tidak bukan, wang tersebut ada di bank. Begitu juga dengan Bitcoin. Tidak ada Bitcoin di tangan anda untuk membuat bayaran menggunakan Bitcoin. Bitcoin tersebut ada dala "Wallet Bitcoin" yang bertindak seperti bank.
Bolehkah anda memindahkan wang dari bank anda menggunakan perbankan online kepada rakan anda yang tidak mempunyai akaun bank? Tidak bukan. Rakan anda tadi perlu mempunyai akaun bank nya sendiri untuk membolehkan transasksi pemindahan wang di lakukan. Begitu juga dengan bitcoin. Kedua dua pihak penghantar Bitcoin dan penerima Bitcoin perlulah mempunyai Wallet Bitcoin.




Bitcoin Adalah Wang


Yang mana sudah tau bahawa Bitcoin adalah sesuatu yang berharga dan bernilai dan bersifat hampir sama seperti wang (yang mungkin satu saat, pneggunaan Bitcoin akan menggantikan penggunaan wang fiat dalam urusan transaksi, tidak mustahil), mereka akan berpusu-pusu untuk mengumpul Bitcoin sebanyak termampu... Sama seperti wang :)


Pengomen Terbaik