Saturday, July 21, 2018

Exchanger Baru Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc


Kepada penyimpan dan pemegang mata wang digital, ada 1 exchanger baru yang muncul, iaitu Pinkexc. Apa yang best, exchanger ni lahir di Malaysia yang mana pejabatnya berada di Ipoh.
Alamat lengkap nya

1 Jalan Meru Bestari A14,
Medan Meru Bestari,
30020 Ipoh, Perak.

ALamat office exchanger PinkExc ipoh

pejabat exchanger PinkExc ipoh


Kalau sebelum ni ramai yang menggunakan Luno, Remitano CoinCeo dan yang lain lain Exchanger Bitcoin. Tapi itu semua bukan dari Malaysia. Jadi kalau dah ada Exchanger dari Malaysia, kasi Support sikit la kan.. huhu.

Jom kita selongkar sikit Exchanger Pinkexc kelahiran Malaysia ni.. hoho...

Apakah kelebihan Pinkexc ni?
Yang pertama nya tentulah sebab dia lahir di Malaysia, siap ada pejabat urusan lagi...
Antara servis yang ada dan disediakan oleh pihak Exchanger Pinkexc ni ada 3 iaitu :
1. Crypto Exchange
2. Online Direct
3. Dispenser Machine (ATM)

1. Crypto Exchange

Ini untuk crypto crypto Trader, boleh la try trading platform dari Pinkexc ni...
Pinkexc trading platform ni boleh trade Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ringgit Malaysia, Dash, Doge dan Life.
Pair yang boleh trade pula adalah :
MYR/BTC
ETH/MYR
LIFE/MYR
ETH/BTC
DOGE/BTC
DASH/BTC
LTC/BTC
LIFE/BTC
LIFE/ETH

Di bawah paparan trading dashboard Pinkexc

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Den bukan Crypto Trader, jadi jangan tanya den la pasal trading trading ni, memang tak faham grapf tu.. adeh... Tapi kalau korang trader, boleh la try trade..hehe

1 lagi kelebihan yang ada dalam tradin gplatform Pinkexc ni adalah, dia ada 'Commercial Option'.
Commercial Option ni berguna kepada korang yang ada buat bisnes.
katakan korang ada buka kedai Vape, dengan 'Commercial Option' ni, korang boleh create medium pembayaran di kedai korang menggunakan mata wang digital ni, Boleh create pembayaran guna Bitcoin, Litecoin atau LIFE.

Bila da set, akan dapat macam ni .. dan tempek la dekat web bisnes korang atau print out then tempek dekat meja cashier... Contoh laaa...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

Of course ada fees untuk pihak Pinkexc sebab dia sediakan platform ni, 2.5% atas harga produk atau service yang menggunakan platform diorang :)
Fees tu korang boleh set, 100% korang yang bayar atau dikenakan ke atas customer waktu dia nak bayar atau 50% korang tanggung, n 50% lagi customer tanggung.


Untuk lebih detail, sila register di Pinkexc Trading Platform.


******************************************************

2. Online Direct

Online Direct ni, Pinkexc bertindak sebagai escrow atau orang tengah. Sebijik macam Remitano. Kalau pernah jual beli mata wang digital di Remitano, ha macam tu lah di PinkExc yang mana PinkExc sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli.

Untuk menggunakan service Online Direct PinkExc ni, kena verified akaun dahulu sampai level 2. kalau tak, tak boleh jual atau beli.

Untuk Pinkexc Online Direct, boleh register disini.

*******************************************************

3. PinkExc Dispense Machine (ATM)

Yup, PinkExc juga ada sediakan mesin ATM untuk mata wang Digital ni...
Ada dua model mesin ATM di PinkExc ni...

Exchanger Mata Wang Digital Baru Buatan Malaysia Pinkexc

mesin atm bitcoin di ipoh

Crypto ATM Machine ni ada di office PinkExc....

Selain di office PinkExc, Crypto ATM Machine ni juga pihak PinkExc ada letak di di salah sebuah stesen minyak di Kuala Kangsar..

JSA Shell Station (Sh Jalan Kuala Kangsar Ipoh 1)


mesin atm bitcoin di ipoh


Untuk PinkExc cRYPTO atm Machine ni...
transaksi adalah 10%...hiii..
Minima Transaction RM50 dan maksima RM5,000 1 hari.
Mata wang digital yang boleh di beli atau di jual di ATM ni adalah Bitcoin, Litecoin dan Dash

Nota tapak kaki : Luno masih demam, rate rendah sesangat2... Antara exchanger tukaran mata wang digital yang agak ok, Remitano dan CoinCeo.

No comments:

Post a Comment