Buat Duit Dengan Program Takaful Profit
Pernah dengar atau ternampak perkataan, iklan atau sesiapa yang ajak anda join program Takaful Profit ni? Atau anda sudah pun join Takaful Profit?
Admin mula mula dengar Takaful Profit ni, ingatkan insurans punya projek sebab ada perkataan Takaful kan.. Sampai la ada kawan admin ajak join Takaful Profit ni. Sebab kawan yang ajak, admin pun intai intai la apa sebenarnya Takaful Profit ni, Masuk je dalam web Takaful Profit ni, rupanya bukan bisnes Insurans da.... Sebaliknya program pelaburan berasaskan Forex, CFD dan Crypto. Huhuhu... Pernah masuk tengok laman web Takaful Profit? Kalau belum, klik sini.
Apa Sebenarnya Takaful Profit
Seperti yang admin tulis di atas, Takaful Profit bukan perniagaan Insurans. Nama je seakan akan.
Takaful Profit adalah program pelaburan yang di dakwa oleh owner program keuntungan mereka datang daripada trading Forex, CFD dan Crypto (Mata wang Digital).
Wujud sejak Oktober 2018 yang lalu..
Wujud sejak Oktober 2018 yang lalu..
Terdapat 3 pakej di dalam Takaful Profit ni yang masing masing di pecahkan kepada 3 bidang di atas, Forex, CFD dan Crypto.
Setiap pakej mempunyai modal minima yang berbeza untuk di sertai untuk setiap lot. Begitu juga dengan peratus keuntungan yang bakal di terima oleh para pelabur.
Boleh Percaya Ker Takaful Profit Ni?
Kalau korang tanya admin Takaful Profit ni boleh percaya atau tak, jawapan admin adalah...
100% TAK BOLEH PERCAYA
Kenapa? Mai admin story.... Sebelum admin minta maaf dulu lah kepada yang dah join Takaful Profit ni terutama kepada para leader.
Takaful Profit ni teknik penipuan dia dah ketinggalan zaman. Teknik ni da lama di gunakan. Yang da masak dengan program program labu peram ni, Confirm da nampak teknik penipuan dia. Tapi yang baru nak kenal dunia Internet ni, terutama yang baru tamat sekolah, Takaful profit ni umpama peluang yang sangat bagus untuk menjana pendapatan dengan cara yang mudah dan mereka mereka ni akan terus join tanpa fikir panjang. Haha. Admin da lalui semua ni. Krik Krik Krik...
Teknik teknik yang digunakan didalam Takaful Profit untuk mencari mangsa adalah seperti di bawah.
1. Penggunaan nama program.
Diberi nama Takaful Profit. Bukan saja saja letak nama Takaful Profit ni. Owner pilih nama tu sebab nak bagi nampak program ni legit atau sah di sisi undang undang kononnya. Admin sendiri pun mula mula ingat Takaful Profit ni perniagaan Insurans, rupanya pelaburan. Tergelak terus admin bila masuk dalam web Takaful Profit. Kihkihkih.
2. Testimoni Para Pelabur
Jika anda masuk ke laman web Takaful Profit, bila anda scroll je web tersebut, akan keluar Testimoni para ahli TF ni yang da jana duit beribu ringgit dari Takaful Profit. Bertambah teruja la yang baru pasang hajat nak Join Takaful Profit ni, mana taknya, boleh dapat beribu ringgit dengan hanya Invest. Duduk rumah goyang kaki, dapat duit. Best gila.
Selagi program tu membayar, para ahli akan terus canang program yang mereka sertai itu program yang terbaik abad tersebut. Tak ada yang lebih baik dari program yang diorang sertai tu.
Testimoni ahli senjata kuat untuk menarik perhatian pelabur baru!
3. Penipuan Identiti Owner/Founder
Dalam laman web tersebut juga, ditunjukkan rupa seorang lelaki dengan gaya hidup mewah yang mengaku sebagai seorang Trading Coach bernama Hakim Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cekgu Hakim.
Dengan gambar gambar ni, bertambah yakin la orang untuk Join Takaful Profit ni. Owner wujud kot, bukan gambar kartun. Gambar no 2 tu siap gambar dalam office lagi dengan paparan trading dashboard. Benda boleh dibuat dan dibayar bang.
Tak ada pula gambar dia dengan anak murid atau gambar waktu buat seminar.. Hmm..

4. Penipuan Gambar Trading Platform Dan Statement Bank.
Untuk menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan orang ramai untuk Join Takaful Profit ni, owner masukkan gambar paparan trading dashboard dan juga paparan Mt4/5 dia juga statement bank yang bapak banyak. Nak bagitahu yang diorang ni memang betul buat trading la...
Admin tak pernah buat trade, tapi gambar trading tu berlambak boleh dapat dari Google. Statement bank boleh edit bos. Senang je nak edit. Amaun tu nak tulis 5 juta pun boleh. Kenapa owner tak nyatakan dia trade guna broker apa. Kenapa owner/company tak bagi access Mt4/5 untuk view diorang punya aktiviti trading?
Tak perlu lagi penat penat nak update web tiap hari untuk masukkan screenshot keuntungan tu konon bukti trading.

Itu sebahagian point point yang admin share ngan korang yang membuatkan admin tak percaya dengan Takaful Profit ni... Point lain korang cari sendiri lah.
Lagi 1.... Cuba korang cari dekat web Takaful Profit tu, ada tak maklumat pasal alamat pejabat, Phone no office, maklumat Detail tentang cekgu Hakim. Tak ada dan tak akan ada. Setakat gambar, tak ada masalah pun owner tu nak cabut lari.
Teknik yang Takaful Profit ni guna sebiji teknik program Wadiah Trading dulu kot korang pernah join. 100% sebiji cara menipu dia tu. Cuma waktu Wadiah Trading tu belum ada Crypto.
Program macam Takaful Profit ni paling lama bertahan selepas 1 kali putaran waktu tempoh matang. Takaful Profit ni tempoh matang tiap pelaburan 365 hari... Program bermula pada Oktober 2018. Paling lama penghujung 2019 Takaful Profit boleh bertahan sebelum bye bye. Sebab Selepas 365 hari, owner kena keluarkan banyak duit untuk bayar balik duit pada pelabur.
Tak percaya... Waktu post ini dibuat, iaitu Julai 2019, owner da tukar cara memproses wang pengeluaran ahli.
Biasanya program macam ni, ahli ahli terawal je yang untung kalau dia pasif, ahli ahli pasif yang terkemudian, boleh menangis hujung katil, yang nasib baik sikit, dapat la balik cukup cukup modal waktu join Takaful Profit dulu. Tu pun kalau pelabur tu tak peram duit dalam akaun dia atau rolling duit untung dia. Jadi pada yang dah Join Takaful Profit dan pasif tu, sila berjaga jaga dari sekarang. Keluarkan semua duit anda dari akaun Takaful Profit anda atau anda akan berputih mata.

**************
Admin boleh je nak buat duit dengan Takaful Profit ni. Tak perlu Invest pun, ajak orang join je, puji sikit Takaful Profit ni konon program terbaik, admin dapat komisyen (Bonus aktif) atas angin.
Tapi KAYA DENGAN MEMISKINKAN ORANG LAIN UNTUK APA?

Hai..B4U Trades tu blh prcya ka?
ReplyDeleteKenapa takaful profit saya tidak boleh buka
ReplyDeleteSbb bende nie scam bro, Sindiket dh cabut lari dgn duit pelabur2
DeleteSbb bende nie scam bro, Sindiket dh cabut lari dgn duit pelabur2
DeleteKenapa takaful profit tetiba tidak boleh buka...pelik jgk...org yg brtnggingjwb yg spatutnya ble dihbgi psl ni dh tukar no. Kot x ble nk contact...apa cerita boss ku?..nk lesapkn duit kitaorg ker lps janji brmcm2 janji...
ReplyDeleteKenapa sy tidak dapat log in taKaful profit?
ReplyDeleteHabis apa yg betul nak buat duit boleh bagi idea
ReplyDelete