Friday, January 12, 2018

Cara Semak Pelaburan Scam

Bagaimana Untuk Mengetahui Pelaburan Online Scam

cara mengetahui program pelaburan itu scam atau tidak


Sejak zaman berzaman, bermacam macam program pelaburan scam yang timbul. Kalau di Malaysia, ramai yang panggil 'Skim Cepat Kaya'... huhu...
Kebiasaannya pelaburan scam ni tak bertahan lama. Paling lama 4 ke 5 tahun bergantung bagaimana program pelaburan tu rolling duit ahli atau berapa lama tempoh matang pelaburan tersebut.
Contoh jika tempoh matang pelaburan tu 5 bulan. Pelaburan tu mungkin dapat bertahan sehingga 7 ke 8 bulan paling lama sebelum lesap. Sebab selepas prrogram pelaburan tu masuk bulan ke 5, program tu perlu membayar semula wang kepada ahli berbanding sebelum 5 bulan tersebut yang waktu itu, waktu kutip wang dari kemasukan ahli.

Admin dah join banyak juga program pelaburan online ni..
Untung rugi tu, biasa lah pelaburan macam ni.. Nama pun Skim Cepat Kaya.. Kalau tak sempat nak kaya tu... Kayap dulu lah jawab nya. Get ready awal awal dan set dalam otak pelaburan semacam ini sangat berisiko.

Dalam program pelaburan macam ni, bukan kata semua akan rugi, akan ada ahli yang sempat merasa hasil malah melebihi wang modal mereka sendiri.

Golongan yang dapat untung :
1. Mereka yang terawal join program pelaburan tersebut.
2. Golongan yang bijak sikit buat selidik.. Agak agak dia boleh makan dengan program tu, dia join, agak agak tak sempat nak makan, dia tak join. (Tahu menilai cara duit di rolling)
3. Mereka yang perkenalkan program pelaburan tu pada orang lain, orang lain join, dapatlah komisyen. (Aktif)

Golongan yang bakal berputih mata :
1. Join di penghujung nyawa Program pelaburan
2. Join pakai ikut kata orang... Tengok semua pakat tayang income, tergedik nak join.
3. Mereka yang pasif. Tak perkenalkan program pada orang lain. Hanya menunggu hasil pelaburan.

Biasanya yang ramai  yang lihat adalah mereka yang mengalami kerugian sebab sifat manusia ni suka melihat orang kena musibah.. Time tu, yang jenis suka lihat orang di timpa masalah ni akan cakap "Itulah kau, aku cakap tak nak dengar benda tu tak betul. Padan muka kau"

Tapi tak ramai yang lihat mereka yang berjaya keluar dari masalah kewangan dengan program program pelaburan macam ni iaitu golongan yang berjaya dapat untung walaupun ramai yang tak suka golongan ni kerana kesenangan mereka menyebabkan orang lain mengalami kerugian.
Tapi tak boleh salahkan mereka 100% juga.. Tak semua mereka 'BERNIAT'untuk menipu orang lain. Mereka hanya nampak peluang, dan mereka sekadar berkongsi.

*******************************************

Macama Mana Nak Tahu Program Tu Scam Atau Tak

Waktu admin mula mula kenal program pelaburan online ni, admin join pelaburan yang lahir di Malaysia (Nak join program luar Malaysia, tak faham bahasa omputih, huhu), waktu tu pakai join sahaja, tak tau nak semak... boleh di katakan kesemua program yang admin join, tak sempat merasa hasil. Pelan pelan belajar dari kesilapan dan belajar cara melihat satu satu program pelaburan tu.
Sekarang pelan pelan intai peluang dari luar Malaysia (Pun sebenarnya banyak scam malah lebih banyak scam nya dari yang dalam malaysia)

Cara paling mudah untuk anda semak program tu scam atau tak atau sempat dapat untung atau tak adalah menggunakan nasihat pakcik Google. Cari review atau ulasan mengenai program yang ingin anda join, biasanya program luar malaysia ni yang agak agak ramai yang join dan terkenal akan ada banyak review. Program dalam Malaysia, tak banyak review melainkan hanya banyak yang promote ajak join je.

Contoh katakan anda nak join program XXX, pergi ke google, taip "XXX Review" atau "XXX scam"
Jika program pelaburan luar, akan ada beberapa web yang buat review tentang program pelaburan tersebut. Ada review positif ada juga review negatif. Sebaik baik review adalah review yang berdasarkan bukti, bukan sekadar menyedapkan hati dan ajak join.
Baca setiap review dan nilaikan sendiri program pelaburan yang ingin anda join tersebut.
Perlu diingat bahawa setiap pelaburan tidak perfect, jadi akan ada review negatif.
Juga setiuap pelaburan ada risiko, jika anda membuat keputusan untuk menyertai program pelaburan tersebut, pastikan wang yang anda laburkan adalah wang yang sanggup anda 'bakar'.

Admin beri contoh dari kisah admin sendiri..
Admin pernah menyertai ZenithGolds dan menghasilkan pendapatan dari situ, hasil yang dapat setiap bulan melebihi modal yang admin keluarkan. Sewaktu join ZenithGolds, admin tidak semak tentang ZenithGolds dan join hanya sekadar melihat hasil orang lain dan percaya bulat bulat bahawa Zenithgolds adalah program pelaburan dari UK (Sebenarnya auta semata, ZenithGolds program ciptaan orang Malaysia). ZenithGolds sempat bertahan selama 4 tahun sebab cara dia rolling duit ahli yang mana tempoh matang pelaburan adalah selama 400 hari.

Sewaktu ZenithGolds di hujung hujung nyawa (mengalami masalah bayaran),ramai ahli ZenithGolds beralih angin menyertai Questra World waktu itu. Belajar dari kesilapan di ZenithGolds, admin cuba semak tentang Questra World di Google yang waktu itu ramai ahli ZenithGolds bangga dengan Questra dengan mengatakan Questra legal sebab ada office di Malaysia dan telah masuk banyak negara.

Hasil review di Google, Questra World adalah program scam yang telah bermasalah di banyak negara dan 'kepala' Questra world pernah buat program scam yang lain sebelum ini dan 'Wanted'.. Anda boleh Google sendiri

cara mengetahui program pelaburan itu scam atau tidak

Dan... Sekarang Questra World hold payment yang sebelum ini di bayar setiap bulan kerana di katakan berpindah ke negara lain. :)

Begitu juga dengan USI Tech yang sekarang ramai juga yang sedang promote.
USI Tech di katakan company yang sebelum ini menghasilkan Software trading dan salah satu program pelaburan yang paling cepat mendapat perhatian orang ramai.. Hampir 1 juta keahlian belum sampai setahun. Admin sempat teruja dengan USI Tech sebelum ini, tetapi bila admin Google, banyak fakta negatif tentang USI Tech dan plan pembayaran mereka tak logik.

Sekarang ini, USI Tech menamatkan keahlian di negara US dan Canada dan ramai di antara mereka telah merungut kerana tidak dapat kembali wang pelaburan mereka sedangkan di Malaysia, USI Tech masih aktif (Atau tunggu masa seperti mana Questra World) dan ramai juga yang sedang promosikan USI Tech. Baca sini tentang USI Tech Terminated keahlian di US dan Canada

Cara Semak Pelaburan Scam
Nak join program pelaburan Online?
Boleh, wang anda hak anda...
Tapi jangan sampai 'terkena' atau dah tau benda tu scam,
buat buat tak ada apa apa dan ajak orang lain join.........
Pandai pandai lah nak senang.....




No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik