Saturday, July 13, 2019

Buat Duit Dengan Takaful Profit

4:19 AM 7

Buat Duit Dengan Program Takaful Profit

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Pernah dengar atau ternampak perkataan, iklan atau sesiapa yang ajak anda join program Takaful Profit ni? Atau anda sudah pun join Takaful Profit?

Admin mula mula dengar Takaful Profit ni, ingatkan insurans punya projek sebab ada perkataan Takaful kan.. Sampai la ada kawan admin ajak join Takaful Profit ni. Sebab kawan yang ajak, admin pun intai intai la apa sebenarnya Takaful Profit ni, Masuk je dalam web Takaful Profit ni, rupanya bukan bisnes Insurans da.... Sebaliknya program pelaburan berasaskan Forex, CFD dan Crypto. Huhuhu... Pernah masuk tengok laman web Takaful Profit? Kalau belum, klik sini.

Apa Sebenarnya Takaful Profit

Seperti yang admin tulis di atas, Takaful Profit bukan perniagaan Insurans. Nama je seakan akan.
Takaful Profit adalah program pelaburan yang di dakwa oleh owner program keuntungan mereka datang daripada trading Forex, CFD dan Crypto (Mata wang  Digital).
Wujud sejak Oktober 2018 yang lalu..

Terdapat 3 pakej di dalam Takaful Profit ni yang masing masing di pecahkan kepada 3 bidang di atas, Forex, CFD dan Crypto.

Setiap pakej mempunyai modal minima yang berbeza untuk di sertai untuk setiap lot. Begitu juga dengan peratus keuntungan yang bakal di terima oleh para pelabur.

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Boleh Percaya Ker Takaful Profit Ni?

Kalau korang tanya admin Takaful Profit ni boleh percaya atau tak, jawapan admin adalah...
100% TAK BOLEH PERCAYA

Kenapa? Mai admin story.... Sebelum admin minta maaf dulu lah kepada yang dah join Takaful Profit ni terutama kepada para leader.

Takaful Profit ni teknik penipuan dia dah ketinggalan zaman. Teknik ni da lama di gunakan. Yang da masak dengan program program labu peram ni, Confirm da nampak teknik penipuan dia. Tapi yang baru nak kenal dunia Internet ni, terutama yang baru tamat sekolah, Takaful profit ni umpama peluang yang sangat bagus untuk menjana pendapatan dengan cara yang mudah dan mereka mereka ni akan terus join tanpa fikir panjang. Haha. Admin da lalui semua ni. Krik Krik Krik...

Teknik teknik yang digunakan didalam Takaful Profit untuk mencari mangsa adalah seperti di bawah.

1. Penggunaan nama program.
Diberi nama Takaful Profit. Bukan saja saja letak nama Takaful Profit ni. Owner pilih nama tu sebab nak bagi nampak program ni legit atau sah di sisi undang undang kononnya. Admin sendiri pun mula mula ingat Takaful Profit ni perniagaan Insurans, rupanya pelaburan. Tergelak terus admin bila masuk dalam web Takaful Profit. Kihkihkih.

2. Testimoni Para Pelabur
Jika anda masuk ke laman web Takaful Profit, bila anda scroll je web tersebut, akan keluar Testimoni para ahli TF ni yang da jana duit beribu ringgit dari Takaful Profit. Bertambah teruja la yang baru pasang hajat nak Join Takaful Profit ni, mana taknya, boleh dapat beribu ringgit dengan hanya Invest. Duduk rumah goyang kaki, dapat duit. Best gila.
Selagi program tu membayar, para ahli akan terus canang program yang mereka sertai itu program yang terbaik abad tersebut. Tak ada yang lebih baik dari program yang diorang sertai tu.
Testimoni ahli senjata kuat untuk menarik perhatian pelabur baru!

3. Penipuan Identiti Owner/Founder
Dalam laman web tersebut juga, ditunjukkan rupa seorang lelaki dengan gaya hidup mewah yang mengaku sebagai seorang Trading Coach bernama Hakim Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cekgu Hakim.

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Dengan gambar gambar ni, bertambah yakin la orang untuk Join Takaful Profit ni. Owner wujud kot, bukan gambar kartun. Gambar no 2 tu siap gambar dalam office lagi dengan paparan trading dashboard. Benda boleh dibuat dan dibayar bang.
Tak ada pula gambar dia dengan anak murid atau gambar waktu buat seminar.. Hmm..

4. Penipuan Gambar Trading Platform Dan Statement Bank.
Untuk menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan orang ramai untuk Join Takaful Profit ni, owner masukkan gambar paparan trading dashboard dan juga paparan Mt4/5 dia juga statement bank yang bapak banyak. Nak bagitahu yang diorang ni memang betul buat trading la...

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Admin tak pernah buat trade, tapi gambar trading tu berlambak boleh dapat dari Google. Statement bank boleh edit bos. Senang je nak edit. Amaun tu nak tulis 5 juta pun boleh. Kenapa owner tak nyatakan dia trade guna broker apa. Kenapa owner/company tak bagi access Mt4/5 untuk view diorang punya aktiviti trading?
Tak perlu lagi penat penat nak update web tiap hari untuk masukkan screenshot keuntungan tu konon bukti trading. 

Itu sebahagian point point yang admin share ngan korang yang membuatkan admin tak percaya dengan Takaful Profit ni... Point lain korang cari sendiri lah.

Lagi 1.... Cuba korang cari dekat web Takaful Profit tu, ada tak maklumat pasal alamat pejabat, Phone no office, maklumat Detail tentang cekgu Hakim. Tak ada dan tak akan ada. Setakat gambar, tak ada masalah pun owner tu nak cabut lari.

Teknik yang Takaful Profit ni guna sebiji teknik program Wadiah Trading dulu kot korang pernah join. 100% sebiji cara menipu dia tu. Cuma waktu Wadiah Trading tu belum ada Crypto.

Program macam Takaful Profit ni paling lama bertahan selepas 1 kali putaran waktu tempoh matang. Takaful Profit ni tempoh matang tiap pelaburan 365 hari... Program bermula pada Oktober 2018. Paling lama penghujung 2019 Takaful Profit boleh bertahan sebelum bye bye. Sebab Selepas 365 hari, owner kena keluarkan banyak duit untuk bayar balik duit pada pelabur.

Tak percaya... Waktu post ini dibuat, iaitu Julai 2019, owner da tukar cara memproses wang pengeluaran ahli.

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya

Biasanya program macam ni, ahli ahli terawal je yang untung kalau dia pasif, ahli ahli pasif yang terkemudian, boleh menangis hujung katil, yang nasib baik sikit, dapat la balik cukup cukup modal waktu join Takaful Profit dulu. Tu pun kalau pelabur tu tak peram duit dalam akaun dia atau rolling duit untung dia. Jadi pada yang dah Join Takaful Profit dan pasif tu, sila berjaga jaga dari sekarang. Keluarkan semua duit anda dari akaun Takaful Profit anda atau anda akan berputih mata. 

**************

Admin boleh je nak buat duit dengan Takaful Profit ni. Tak perlu Invest pun, ajak orang join je, puji sikit Takaful Profit ni konon program terbaik, admin dapat komisyen (Bonus aktif) atas angin.
Tapi KAYA DENGAN MEMISKINKAN ORANG LAIN UNTUK APA? 

Takaful Profit Scam Tak Boleh Percaya


Wednesday, July 10, 2019

Buat Duit Percuma Dengan Handphone

6:45 AM 0

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine


Anda yang terjumpa post ini tentu sedang mencari peluang peluang yang membolehkan anda menjana pendapatan sampingan bukan. Pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal atau wang untuk memulakannya. Cukup berbekalkan handphone yang di lengkapi dengan talian internet. Anda berada di tempat yang betul.

Memperkenalkan
CASHZINE
Sebuah applikasi yang membolehkan anda menjana pendapatan sampingan menggunakan handphone tanpa memerlukan sebarang modal. 100% percuma.

Dengan Cashzine, terdapat 3 cara untuk membolehkan anda menjana pendapatan, iaitu melalui :
1. Pembacaan artikel yang terdapat di dalam applikasi Cashzine.
2. Berkongsi artikel di media sosial dan artikel tersebut di baca oleh pengguna media sosial yang lain.
3. Mengajak rakan rakan untuk turut menyertai Cashzine.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut cara menjana pendapatan dari handphone menggunakan applikasi Cashzine ini, perlu untuk anda fahami bahawa setiap aktiviti yang anda lakukan, anda akan di berikan rewards dalam bentuk coin terlebih dahulu sebelum coin tersebut boleh di tukarkan kepada duit sebenar yang akan di transfer ke akaun bank anda.

Kadar penukaran coin kepada duit adalah seperti di bawah :
1) 10,000 coin = RM1
2) 300,000 coin = RM30
3) 500,000 coin = RM50
4) 1,000,000 coin = RM100
5) 5,000,000 coin = RM500

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine


Di bawah adalah sebahagian bukti pembayaran yang telah admin terima daripada applikasi Cashzine ini.

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine

Apa yang telah admin perolehi daripada applikasi Cashzine ini tidaklah setanding rakan rakan yang lain. Lihat di bawah.

Income untuk sehari (income tidak tentu)

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine

Income keseluruhan (pada waktu post di tulis)

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine

Gambar di atas membuktikan applikasi Cashzine adalah applikasi yang mampu memberikan anda pendapatan sampingan walaupun tanpa sebarang bayaran di kenakan kepada anda..

Cara mendapatkan coin daripada applikasi CASHZINE

3 cara untuk membolehkan anda mendapatkan coin, iaitu melalui :
1. Pembacaan artikel yang terdapat di dalam applikasi Cashzine.
2. Berkongsi artikel di media sosial dan artikel tersebut di baca oleh pengguna media sosial yang lain.
3. Mengajak rakan rakan untuk turut menyertai Cashzine.

1. Mengumpul coin dengan membaca artikel di Cashzine.

Setiap artikel yang anda baca, anda akan mendapat sebanyak 50 coin, iaitu bersamaan RM0.005

(Coin yang di berikan untuk aktiviti membaca artikel bukan berdasarkan dari bilangan artikel tetapi kepada tempoh waktu anda berada di dalam applikasi Cahzine dengan keadaan layar yang aktif)

Sewaktu anda membuka 1 artikel untuk di baca, akan terdapat meter masa di sebelah kiri bawah, anda akan mendapat 50 coin untuk 1 kitaran lengkap meter waktu tersebut. Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan coin adalah biarkan meter waktu berjalan.

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine


2. Mengumpul coin dengan berkongsi artikel Cashzine ke media sosial.

Cara kedua untuk mendapatkan coin daripada Cashzine adalah kongsikan artikel di media sosial seperti twitter, Group Whatsapp, blog atau lain lain media sosial. (Pada waktu post di tulis, Facebook telah memblok link daripada Cashzine dan link tidak dapat di kongsikan ke Facebook)

Setiap artikel yang anda kongsikan dan di baca oleh orang lain, anda akan mendapat antara 150 ~ 300 coin untuk setiap orang yang membaca artikel tersebut.

Syarat untuk mendapatkan coin dengan berkongsi artikel adalah :
1. artikel tersebut di baca sehingga habis. (Pembacaan yang lengkap sehingga ke baris ayat terakhir)
2. Setiap coin hanya untuk 1 orang unik. Jika si A telah membaca artikel tersebut dan anda telah mendapat coin, jika A membaca untuk kali kedua, anda tidak layak lagi mendapatkan coin dari pembacaan A.

3. Mengumpulkan coin dengan mengajak rakan rakan lain untuk turut menyertai Cashzine.

Selain dari membaca dan berkongsi artikel untuk mendapatkan coin, anda juga boleh mendapatkan coin dengan mengajak rakan rakan atau keluarga untuk turut menyertai Cashzine.

Setiap rakan yang anda ajak, anda akan di berikan coin sebanyak 25,000 coin secara berperingkat sebagai ganjaran dan rakan anda tadi akan mendapat 8000 coin setelah dia memasukkan kod jemputan anda.

25,000 coin yang akan anda terima di berikan secara berperingkat seperti di bawah :

Peringkat 1 :
5,000 coin pertama akan di berikan kepada anda setelah rakan anda tadi membaca artikel atau berkongsi artikel dan mendapatkan coin nya yang pertama.

Peringkat 2 :
8,000 coin seterusnya akan di berikan kepada anda apabila rakan anda tadi berjaya mendapatkan coin sebanyak 2,000 coin dalam tempoh 3 hari dari tarikh join samaada dari aktiviti membaca atau berkongsi artikel.

Peringkat 3 :
12,000 coin akan di berikan kepada anda apabila rakan anda tadi berjaya mendapatkan coin sebanyak 5,000 coin dalam tempoh 10 hari dari tarikh join samaada dengan membaca atau berkongsi artikel

Jadi keseluruhan coin yang akan anda terima dengan mengajak rakan rakan yang lain adalah 25,000 coin, bersamaan RM2.50. Jangan lupa, untuk menyertai Cashzine, 100% percuma. Tidak di kenakan sebarang bayaran.

Setelah lengkap anda mendapatkan 25,000 coin tersebut, seterusnya anda akan mendapatkan 15% dari setiap coin yang di perolehi oleh rakan yang anda jemput tanpa mengurangkan coin rakan anda.
Contoh, rakan anda memperolehi 10,000 coin untuk hari tersebut, maka untuk hari tersebut anda akan menerima 15% daripada 10,000 coin rakan anda tadi (1,500 coin).

Semakin ramai rakan yang anda jemput, semakin banyak coin yang akan anda perolehi untuk 1 hari.

Cara Sertai Dan Download Cashzine

Ikut langkah langkah di bawah untuk mula menjana pendaptan percuma dengan Cashzine

1.  Klik pada QR Code di bawah jika anda melayari post ini menggunakan Handphone atau scan QR Code di bawah menggunakan handphone untuk mendapatkan link download app jika anda melayari post ini menggunakan Komputer / Laptop



2. Download dan Install Applikasi Cashzine dengan klik pada butang "Free Download"
(Jika anda menggunakan android, klik butang icon Play Store. Jika anda menggunakan IOS, klik butang download APK sebelah kanan)


3. Setelah selesai mendownload applikasi, buka applikasi Cashzine anda. Klik menu "Me" dan pilih kaedah login yang di berikan samaada menggunakan akaun Facebook atau Google.

Follow arahan yang di berikan seterusnya sehingga process login selesai.

4. Untuk mendapatkan 8000 coin pertama anda yang bernilai RM0.80, sila pergi ke menu "Me" atau "Saya" yang terdapat di bahagian bawah, klik "Masukkan Kod Jemputan" dan masukkan kod 122993

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine

5. Untuk update profile dan mengaktifkan sistem keselamatan akaun Cashzine anda, klik pada tanda anak panah yang saya tunjukkan di dalam gambar di bawah.

6. Setkan username, gambar profile. Juga masukkan email anda.

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine


7.  Selesai. Mula kongsikan membaca artikel atau kongsikan artikel ke media sosial anda untuk mendapatkan coin dengan klik pada menu "Offer" atau "Tawaran"

8. Anda boleh menukar pilihan bahasa di bahagian "Me" atau "Saya"

** Maklumat akaun bank akan di minta sewaktu anda ingin membuat pengeluaran wang**

*********************************

Selamat menjana pendapatan sampingan dari handphone dengan Cashzine.

Buat Duit Percuma Dari Handphone Dengan Cashzine


Wednesday, June 12, 2019

Duit Cloud Betul Atau Tipu

10:45 PM 15

Pendedahan Sebenar Applikasi Duit Cloud Betul Atau Tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu


Duit Cloud? Pernah dengar atau terbaca tentang Duit Cloud?
Mungkin anda pernah ternampak atau terdengar Duit Cloud yang sekarang tengah heboh yang konon boleh buat duit yang banyak dengan cara yang paling mudah. Persoalannya..
Betul ke Duit Cloud ni? Boleh percaya ke Duit Cloud ni?

First kalau anda buka laman web Duit Cloud, anda baca dari atas sampai bawah.
Memang sangat megujakan. Ayat ayat dia super power yang akan membuatkan ramai yang terpukau.
Ayat ayat ni lah 'senjata' kepada applikasi Duit Cloud ni. Dalam marketing, ayat ayat power ni di panggil 'Copywriting'. Copywriting adalah susunan ayat yang boleh menukarkan pembaca menjadi pembeli. Bukan pakai jampi serapah, tapi cara ayat tu di olah akan membuatkan otak anda di pukau, WALAUPUN CERITA YANG DISAMPAIKAN REKAAN SEMATA MATA. Bukan senang nak buat ayat copywriting ni, kena ada ilmu dan kena pandai psycho......
Ada servis untuk buatkan ayat copywriting ni.. Bayaran dia boleh mencecah ratusan malah sehingga ribuan ringgit.

Ayat pertama yang akan anda baca bila buka laman web Duit Cloud ni adalah...

Anda Akan Mula Dapat Duit Atas Angin Yang Jatuh Dari Langit Sekelip Mata Entah Dari Mana Sebanyak RM50,000 Setiap Bulan Dengan Menggunakan Perisian Atas Cloud Ajaib Saya Ini!

Ayat serius gempak... Tapi ayat sahaja tak cukup, owner duit cloud akan pukau otak pembaca dengan gambar dia bersama kereta mewah dan rumah mewah berserta beberapa gambar dia di luar negara tak jauh dari ayat di atas..

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Dari segi teori...
Bila anda fokus kepada kehidupan mewah, bila anda lihat satu gambar yang boleh membawa anda kepada kehidupan mewah seperti dalam gambar, otak akan teransang sebanyak 30%.
Kalau anda terbaca tentang sesuatu yang mengujakan untuk membolahkan anda hidup mewah, otak akan teransang sebanyak 50%.

Tapi bila kedua dua ayat dan gambar di gabung... Otak anda akan akan teransang sehingga 90% dan otak anda secara tak sengaja akan paksa diri anda untuk percaya apa yang anda baca dan apa yang anda lihat.

Tak percaya, tutup gambar di atas, baca sahaja tulisan yang saya bold di atas, kemudian baca sambil lihat gambar.. Anda akan rasa lain. Itulah serangan pertama owner Duit Cloud ni kepada pembaca. Lihat pula gambar di bawah.

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Bukan saja saja owner Duit Cloud ni bagi special character pada ayat 'DUIT ATAS ANGIN', 'SEKELIP MATA', dan 'RM50,000 SETIAP BULAN'. Mantera tu...haha.
Dari semua perkataan tu, perkataan atau ayat yang paling mahal adalah 'JATUH DARI LANGIT'. Gila ko.

Bermula dari situ, ayat mula di karang... ayat tu kalau anda baca, tak ada pun di ceritakan apa sebenarnya applikasi Duit Cloud ni boleh buat, apa fungsi Duit Cloud ni tak ada pun di ceritakan.
Yang di ceritakan cerita merapu meraban kehidupan si owner. Merapu meraban pun, owner sedang pukau otak pembaca. Di tambah perisa dengan gambar gambar statement bank yang ada berpuluh ribu tu... Di tambah lagi dengan video video kehidupan mewah owner yang menggiurkan.

Saya tak tahu rumah dengan kereta tu betul betul dia punya atau sebaliknya, kalau betul tak apalah.
Tapi saya nak bagitau, rumah dengan kereta tu boleh je kalau nak sewa untuk 1 hari.. hehe.
Sewa katakan RM1,000 untuk kereta dan rumah tu untuk sehari, untuk membolehkan dia menjana puluhan ribu, pejam mata la sekejap.

Untuk gambar gambar owner di luar negara.....
Ianya hanya sekadar photoshop level paling amatuer.. Jom tengok salah satu gambar tersebut...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Gambar tersebut, cuba korang besarkan dan perhatikan Tone warna owner dengan tone warna background... tone warna owner lebih clear berbanding tone backgroud.
Lihat 2 gambar di bawah pula.. Apa yang tak kena??? Bayang bayang.. hehe.. Cuba cari bayang bayang si owner.
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Lagi 1 gambar ni.... Owner nak bagitahu kepada pembaca yang dia ni memang ada background server job. Applikasi Duit Cloud ni memang ada kaitan dengan server kalau di baca dari ayat ayat di web dia tu...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Ok.. Cuba tengok gambar ni yang saya jumpa di Google. Sumber gambar dia kat sini. krik krik krik
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Berkenaan video video testimoni pengguna atau pembeli applikasi Duit Cloud ni pula... Adeh...
Kalau saya pengarah filem, saya suruh balik je.. kekeke.. lakonan kaku bossssss.. keterujaan dapat duit tu tak ada, feel tak ada. 100% ikut script....
********************

Betul Ke Duit Cloud Boleh Bagi RM50,000 Tiap Bulan Tak Perlu Buat Apa Apa

Jawapannya...... Sekadar wayang.... Applikasi Duit Cloud ni memang betul boleh bagi duit, memang betul anda akan dapat duit tanpa perlu buat apa apa. Cuma perlu tekan 1 butang sahaja dalam applikasi Duit Cloud tu dan duit akan mengalir automatik, tapi tak ada la beribu.. Paling berapa sen je 1 hari... Cer baca komen komen pembeli di bawah yang di ambil dari review Applikasi Duit Cloud.

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Tak caye.. jom tengok video review kawan ni. Sehari dapat berapa sen? RM0.16++ katanya... Hari kedua dapat RM0.26.. Modal RM390 tu.. Agak agak berapa lama nak balik modal? Berjanggut bos! Huhuhu


Applikasi Duit Cloud ni memang boleh buat duit.....
Yang mengharap duit jatuh dari langit tu, yang jatuh tu sen sen je bang...
Kalau kata nak dapat RM50K sebulan tu, kena pula laaaa cari orang suh orang beli Applikasi Duit Cloud ni. Seorang beli RM390, katakan komisyen 50%. Dapat RM195.
10 orang terkono komisyen RM2K. Betul la tu RM50K sebulan..
Jadi nak dapat RM50K sebulan tu kena promote, goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit tak ada lah... Nampak dia punya spin..
Seperti yang saya cakap.... Ayat copywriting, gambar dan video video memainkan peranan untuk pukau otak pembaca...
Yang baru tahu benda benda ni, tak fikir panjang, tak fikir logik duit jatuh dari langit yang maha WIN dia punya statement, akan beli lah..
Yang dah beli tu, nak promote cerita lah yang betul..
Cerita berapa boleh dapat sehari...
Jangan cerita ko dapat ribu riban tapi tak cerita kena cari orang.. naya la kawan tu...
Jangan penting diri sendiri, kesian kat orang.. RM390 tu bukan sikit... Kena pula kawan tu memang tak ada duit.. berhuhu la kawan tu...
Dalam kes DuitCloud ni, walaupun korang dah join dan tahu berapa ciput income boleh dapat dengan DuitCloud ni kalau tak cari orang tapi cerita income ribu riban tak cerita kena cari orang, sama la macam korang bersubahat dengan mamat si pembuat DuitCloud ni. Dapat la sikit saham menipu tu.
Kepada yang baru kenal benda benda ni terutama kepada adik adik yang taksub nak dapat banyak duit tapi MALAS, ni pesan abam.....
Tak ada cara mudah untuk buat duit melainkan kena usaha.
Usaha tu termasuklah perah idea untuk hasilkan duit dan bekerja dengan tulang empat kerat berdasarkan idea korang tadi.
Tak ada istilah goyang telur dapat duit walaupun di internet ni, itu cerita dongeng melainkan korang BERNASIB BAIK dan pakar rembat peluang TANPA MENGANIAYA ORANG LAIN.
**************************
Ni saya nak promote..
Daripada beli applikasi Duit Cloud ni yang berharga RM390 tapi dapat sen sen sehari...
Better korang join Cashzine atau WowApp.. Tak perlu bayar walau 1 sen, RM390 korang tu, simpan je. Dengan 2 applikasi di atas yang PERCUMA tu, tetap korang boleh buat duit sen sen. TAK PERLU CARI ORANG. Nak banyak, silakan promote ngan kengkawan.
Yang penting, tak aniaya atau menipu orang lain dengan janji manis duit jatuh dari langit puluh ribu.


Sunday, May 26, 2019

Tips Membaca Cashzine

10:57 PM 1

Tips Membaca Cashzine

Membaca artikel dan mendapatkan coin. Download applikasi Cashzine disini
Di Readwards atau Cashzine, anda tidak perlu untuk terlalu membaca artikel, yang penting screen handphone anda bergerak ke bawah sewaktu anda masuk ke bahagian artikel (tawaran), di dalam bahagian artikel, disebelah bawah kiri, ada meter masa, cukup 1 putaran, anda akan mendapat 5 coin.

Buat Duit Sampingan Dengan Cashzine

Apabila anda leret screen ke bawah, meter akan berjalan untuk beberapa saat, apabila meter berhenti, anda perlu leretkan lagi screen hp anda. Agak leceh dan renyah bukan kerana terpaksa memerhatikan terus hp anda.

Untuk memudahkan anda, sila download applikasi Auto Scroll di play store atau app store. Apa apa applikasi yang dapat menkadikan screen hp anda bergerak secara auto.

Admin menggunakan applikasi 'Easy Scroll' di bawah.


Jika anda menggunakan 'Easy Scroll', setelah download easy scroll, masuk ke dalam applikasi easy scroll, aktifkan dengan klik pada 'easy scroll (main)


Anda akan di bawa ke bahagian setting HP, 'On' kan 'Easy Scroll (Main)


Masuk semula ke app easy scroll, klik pada menu 'App', masukkan Cashzine dengan klik butang '+' berwarna hijau bawah sebelah kanan.


Jika butang butang anak panah yang banyak banyak warna purple sebelah kanan tu tidak keluar, pergi ke seting HP anda, dan onkan 'Display Pop-Up Window'.


Pergi ke Apllikasi Cashzine, dan lihat hasilnya. masuk ke bahagian artikel , anda cuma tinggal klik anak panah kebawah (butang easy scroll). screen akan berhenti untuk tempoh lebih lama berbanding tanpa menggunakan easy scroll. Bila meter masa Cashzine dah tak bergerak, buka artikel lain, klik semula butang easy scroll.
Jadi tak perlu anda menghadap terus handphone anda. Boleh la sambil sambil buat kerja..

Untuk join Group Whatsapp Cashzine, klik banner di bawah.










Saturday, May 25, 2019

Jana Pendapatan Dengan EliteFinFx

8:45 AM 0

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

EliteFinFx adalah sebuah program trading yang terdiri daripada kumpulan trader dan pengurus kewangan yang telah berpengalaman selama lebih 5 tahun di dalam bidang trading (Forex).

Di bawah adalah data keuntungan trading dari 2016 yang di berikan oleh pihak EliteFinFx di laman web mereka.


Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Pada penghujung 2018, Team EliteFinFx membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjana keuntungan melalui trading yang mereka jalankan dan pada waktu post ini di tulis.
Sesiapa yang mendaftar di EliteFinFx, akan mendapat
Sign-Up Bonus sebanyak USD20 dan akan di tradingkan oleh pihak EliteFinFx dan anda akan mendapat profit dari Isnin hingga jumaat dengan anggaran 15% untuk 1 bulan.

Di bawah adalah terma pelaburan yang di letakkan oleh pihak EliteFinFx kepada mereka yang berminat untuk melabur di dalam EliteFinFx.

Modal minima = USD10
Modal Maksima = Tiada
Anggaran Keuntungan = 15% sebulan (Tidak Fix) | Purata 0.75% sehari | Maks profit 180%
Agihan Keuntungan = Isnin - Jumaat
Locking Period On Capital = 180 hari @ 6 bulan
Minima Withdraw = USD100

Bolehkah EliteFinFx Dipercayai?

Tidak di nafikan terdapat banyak program program yang menawarkan profit keuntungan kepada pelabur pada hari ini apalagi semenjak adanya Bitcoin yang memudahkan transaksi. Walaubagaimanapun tidak semua boleh di percayai. 90% program seperti ini berakhir dengan Scam.
Tetapi bukan bermakna kita langsung tidak boleh membuat keuntungan daripada program seperti ini.
Bergantung kepada kebjaksanaan masing masing dalam merebut peluang.

Di bawah adalah beberapa fakta yang anda boleh pertimbangkan samaada untuk mempercayai EliteFinFx ini atau sebaliknya...

1. Status Syarikat EliteFinFx
Jika anda ke web EliteFinFx, di bahagian 'About Us', terdapat link yang akan membawa anda untuk melihat status syarikat EliteFinFx, iaitu UK Company House.

elitefinfx review

elitefinfx review

Walaubagaimanapun, dari pengalaman admin, sijil pendaftaran di atas tidak membawa apa apa makna kerana banyak program program sebelum ini yang telah scam, mereka turut mempamerkan sijil pendaftaran di atas. Jadi sijil di atas tidak boleh di jadikan penentu kepada satu satu program itu akan Scam atau tidak.

2. Real Live Trading Platform (Monitoring)

EliteFinFx menyatakan mereka menjana keuntungan daripada trading yang mereka jalankan.
Disini anda boleh melihat aktiviti trading mereka secara live menggunakan Meta Trader 5 (MT5) yang anda boleh download di Play Store atau App Store.

Setelah anda download app MT5, anda boleh login ke dalam akaun live trading EliteFinFx menggunakna maklumat di bawah :
Acount Name : EliteMarket-Live
Username : 900425
Password : elitefinfx.com

elitefinfx review

Setelah anda login ke akaun trading EliteFinFx, anda boleh lihat aktiviti trading team EliteFinFx melalui App MT5 tersebut (Isnin ~ Jumaat)

Live Trading Platform ini adalah bukti yangpaling kuat untuk menyatakan bahawa EliteFinFx sememangnya menjalankan aktiviti trading.
Kebanyakan program investment, mereka sekadar menyatakan mereka menjalankan trading tetapi sekadar menyatakan, tidak memberikan sebarang bukti aktiviti trading mereka seperti yang ditunjukkan EliteFinFx.

Selain itu anda juga boleh melihat aktiviti live trading mereka menerusi Youtube EliteFinFx


elitefinfx review scam

3. Laporan Keuntungan Harian Trading EliteFinFx

Jika anda sudah mendaftar di EliteFinFx, setelah anda login, anda boleh melihat laporan keuntungan trading EliteFinFx. Tetapi di web terakhir di update sehingga 27 Feb 2019

elitefinfx review

Untuk mendapatkan update keuntungan trading EliteFinFx, anda boleh ke FanPage EliteFinFx (Elitefinfxofficial), disana akan di update keuntungan semasa.


elitefinfx review

elitefinfx review

elitefinfx review


4. Perkongsian Ilmu Trading

EliteFinFx turut berkongsi beberapa tips tips asas trading di web juga fanpage mereka.
Ini menunjukkan mereka sememangnya mempunyai latarbelakang di dalam dunia trading.
Mereka yang tidak pernah melakukan trade atau tidak tahu tentang Forex, semestinya tidak tahu tentang Forex Trading.

elitefinfx review

5. Telegram Group

Group adalah antara komponen penting yang perlu anda lihat sebelum menyertai program investment seperti EliteFinFx.
Ini kerana dari group, anda boleh lehat secara langsung perkembangan 1 1 program yang anda sertai juga melihat testimoni testimoni pengeluaran yang di buat oleh para ahli.

*******************************************

Daftar hari ini dan dapatkan USD20 percuma yang akan di tradingkan.
Sekiranya anda yakin dengan EliteFinFx, anda boleh melakukan deposit serendah USD10 menggunakan Bitcoin.

Pengomen Terbaik