Wednesday, June 12, 2019

Duit Cloud Betul Atau Tipu

10:45 PM 15

Pendedahan Sebenar Applikasi Duit Cloud Betul Atau Tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu


Duit Cloud? Pernah dengar atau terbaca tentang Duit Cloud?
Mungkin anda pernah ternampak atau terdengar Duit Cloud yang sekarang tengah heboh yang konon boleh buat duit yang banyak dengan cara yang paling mudah. Persoalannya..
Betul ke Duit Cloud ni? Boleh percaya ke Duit Cloud ni?

First kalau anda buka laman web Duit Cloud, anda baca dari atas sampai bawah.
Memang sangat megujakan. Ayat ayat dia super power yang akan membuatkan ramai yang terpukau.
Ayat ayat ni lah 'senjata' kepada applikasi Duit Cloud ni. Dalam marketing, ayat ayat power ni di panggil 'Copywriting'. Copywriting adalah susunan ayat yang boleh menukarkan pembaca menjadi pembeli. Bukan pakai jampi serapah, tapi cara ayat tu di olah akan membuatkan otak anda di pukau, WALAUPUN CERITA YANG DISAMPAIKAN REKAAN SEMATA MATA. Bukan senang nak buat ayat copywriting ni, kena ada ilmu dan kena pandai psycho......
Ada servis untuk buatkan ayat copywriting ni.. Bayaran dia boleh mencecah ratusan malah sehingga ribuan ringgit.

Ayat pertama yang akan anda baca bila buka laman web Duit Cloud ni adalah...

Anda Akan Mula Dapat Duit Atas Angin Yang Jatuh Dari Langit Sekelip Mata Entah Dari Mana Sebanyak RM50,000 Setiap Bulan Dengan Menggunakan Perisian Atas Cloud Ajaib Saya Ini!

Ayat serius gempak... Tapi ayat sahaja tak cukup, owner duit cloud akan pukau otak pembaca dengan gambar dia bersama kereta mewah dan rumah mewah berserta beberapa gambar dia di luar negara tak jauh dari ayat di atas..

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Dari segi teori...
Bila anda fokus kepada kehidupan mewah, bila anda lihat satu gambar yang boleh membawa anda kepada kehidupan mewah seperti dalam gambar, otak akan teransang sebanyak 30%.
Kalau anda terbaca tentang sesuatu yang mengujakan untuk membolahkan anda hidup mewah, otak akan teransang sebanyak 50%.

Tapi bila kedua dua ayat dan gambar di gabung... Otak anda akan akan teransang sehingga 90% dan otak anda secara tak sengaja akan paksa diri anda untuk percaya apa yang anda baca dan apa yang anda lihat.

Tak percaya, tutup gambar di atas, baca sahaja tulisan yang saya bold di atas, kemudian baca sambil lihat gambar.. Anda akan rasa lain. Itulah serangan pertama owner Duit Cloud ni kepada pembaca. Lihat pula gambar di bawah.

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Bukan saja saja owner Duit Cloud ni bagi special character pada ayat 'DUIT ATAS ANGIN', 'SEKELIP MATA', dan 'RM50,000 SETIAP BULAN'. Mantera tu...haha.
Dari semua perkataan tu, perkataan atau ayat yang paling mahal adalah 'JATUH DARI LANGIT'. Gila ko.

Bermula dari situ, ayat mula di karang... ayat tu kalau anda baca, tak ada pun di ceritakan apa sebenarnya applikasi Duit Cloud ni boleh buat, apa fungsi Duit Cloud ni tak ada pun di ceritakan.
Yang di ceritakan cerita merapu meraban kehidupan si owner. Merapu meraban pun, owner sedang pukau otak pembaca. Di tambah perisa dengan gambar gambar statement bank yang ada berpuluh ribu tu... Di tambah lagi dengan video video kehidupan mewah owner yang menggiurkan.

Saya tak tahu rumah dengan kereta tu betul betul dia punya atau sebaliknya, kalau betul tak apalah.
Tapi saya nak bagitau, rumah dengan kereta tu boleh je kalau nak sewa untuk 1 hari.. hehe.
Sewa katakan RM1,000 untuk kereta dan rumah tu untuk sehari, untuk membolehkan dia menjana puluhan ribu, pejam mata la sekejap.

Untuk gambar gambar owner di luar negara.....
Ianya hanya sekadar photoshop level paling amatuer.. Jom tengok salah satu gambar tersebut...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Gambar tersebut, cuba korang besarkan dan perhatikan Tone warna owner dengan tone warna background... tone warna owner lebih clear berbanding tone backgroud.
Lihat 2 gambar di bawah pula.. Apa yang tak kena??? Bayang bayang.. hehe.. Cuba cari bayang bayang si owner.
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Lagi 1 gambar ni.... Owner nak bagitahu kepada pembaca yang dia ni memang ada background server job. Applikasi Duit Cloud ni memang ada kaitan dengan server kalau di baca dari ayat ayat di web dia tu...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Ok.. Cuba tengok gambar ni yang saya jumpa di Google. Sumber gambar dia kat sini. krik krik krik
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Berkenaan video video testimoni pengguna atau pembeli applikasi Duit Cloud ni pula... Adeh...
Kalau saya pengarah filem, saya suruh balik je.. kekeke.. lakonan kaku bossssss.. keterujaan dapat duit tu tak ada, feel tak ada. 100% ikut script....
********************

Betul Ke Duit Cloud Boleh Bagi RM50,000 Tiap Bulan Tak Perlu Buat Apa Apa

Jawapannya...... Sekadar wayang.... Applikasi Duit Cloud ni memang betul boleh bagi duit, memang betul anda akan dapat duit tanpa perlu buat apa apa. Cuma perlu tekan 1 butang sahaja dalam applikasi Duit Cloud tu dan duit akan mengalir automatik, tapi tak ada la beribu.. Paling berapa sen je 1 hari... Cer baca komen komen pembeli di bawah yang di ambil dari review Applikasi Duit Cloud.

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Tak caye.. jom tengok video review kawan ni. Sehari dapat berapa sen? RM0.16++ katanya... Hari kedua dapat RM0.26.. Modal RM390 tu.. Agak agak berapa lama nak balik modal? Berjanggut bos! Huhuhu


Applikasi Duit Cloud ni memang boleh buat duit.....
Yang mengharap duit jatuh dari langit tu, yang jatuh tu sen sen je bang...
Kalau kata nak dapat RM50K sebulan tu, kena pula laaaa cari orang suh orang beli Applikasi Duit Cloud ni. Seorang beli RM390, katakan komisyen 50%. Dapat RM195.
10 orang terkono komisyen RM2K. Betul la tu RM50K sebulan..
Jadi nak dapat RM50K sebulan tu kena promote, goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit tak ada lah... Nampak dia punya spin..
Seperti yang saya cakap.... Ayat copywriting, gambar dan video video memainkan peranan untuk pukau otak pembaca...
Yang baru tahu benda benda ni, tak fikir panjang, tak fikir logik duit jatuh dari langit yang maha WIN dia punya statement, akan beli lah..
Yang dah beli tu, nak promote cerita lah yang betul..
Cerita berapa boleh dapat sehari...
Jangan cerita ko dapat ribu riban tapi tak cerita kena cari orang.. naya la kawan tu...
Jangan penting diri sendiri, kesian kat orang.. RM390 tu bukan sikit... Kena pula kawan tu memang tak ada duit.. berhuhu la kawan tu...
Dalam kes DuitCloud ni, walaupun korang dah join dan tahu berapa ciput income boleh dapat dengan DuitCloud ni kalau tak cari orang tapi cerita income ribu riban tak cerita kena cari orang, sama la macam korang bersubahat dengan mamat si pembuat DuitCloud ni. Dapat la sikit saham menipu tu.
Kepada yang baru kenal benda benda ni terutama kepada adik adik yang taksub nak dapat banyak duit tapi MALAS, ni pesan abam.....
Tak ada cara mudah untuk buat duit melainkan kena usaha.
Usaha tu termasuklah perah idea untuk hasilkan duit dan bekerja dengan tulang empat kerat berdasarkan idea korang tadi.
Tak ada istilah goyang telur dapat duit walaupun di internet ni, itu cerita dongeng melainkan korang BERNASIB BAIK dan pakar rembat peluang TANPA MENGANIAYA ORANG LAIN.
**************************
Ni saya nak promote..
Daripada beli applikasi Duit Cloud ni yang berharga RM390 tapi dapat sen sen sehari...
Better korang join Cashzine atau WowApp.. Tak perlu bayar walau 1 sen, RM390 korang tu, simpan je. Dengan 2 applikasi di atas yang PERCUMA tu, tetap korang boleh buat duit sen sen. TAK PERLU CARI ORANG. Nak banyak, silakan promote ngan kengkawan.
Yang penting, tak aniaya atau menipu orang lain dengan janji manis duit jatuh dari langit puluh ribu.


Pengomen Terbaik