Wednesday, June 12, 2019

Duit Cloud Betul Atau Tipu

10:45 PM 15

Pendedahan Sebenar Applikasi Duit Cloud Betul Atau Tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu


Duit Cloud? Pernah dengar atau terbaca tentang Duit Cloud?
Mungkin anda pernah ternampak atau terdengar Duit Cloud yang sekarang tengah heboh yang konon boleh buat duit yang banyak dengan cara yang paling mudah. Persoalannya..
Betul ke Duit Cloud ni? Boleh percaya ke Duit Cloud ni?

First kalau anda buka laman web Duit Cloud, anda baca dari atas sampai bawah.
Memang sangat megujakan. Ayat ayat dia super power yang akan membuatkan ramai yang terpukau.
Ayat ayat ni lah 'senjata' kepada applikasi Duit Cloud ni. Dalam marketing, ayat ayat power ni di panggil 'Copywriting'. Copywriting adalah susunan ayat yang boleh menukarkan pembaca menjadi pembeli. Bukan pakai jampi serapah, tapi cara ayat tu di olah akan membuatkan otak anda di pukau, WALAUPUN CERITA YANG DISAMPAIKAN REKAAN SEMATA MATA. Bukan senang nak buat ayat copywriting ni, kena ada ilmu dan kena pandai psycho......
Ada servis untuk buatkan ayat copywriting ni.. Bayaran dia boleh mencecah ratusan malah sehingga ribuan ringgit.

Ayat pertama yang akan anda baca bila buka laman web Duit Cloud ni adalah...

Anda Akan Mula Dapat Duit Atas Angin Yang Jatuh Dari Langit Sekelip Mata Entah Dari Mana Sebanyak RM50,000 Setiap Bulan Dengan Menggunakan Perisian Atas Cloud Ajaib Saya Ini!

Ayat serius gempak... Tapi ayat sahaja tak cukup, owner duit cloud akan pukau otak pembaca dengan gambar dia bersama kereta mewah dan rumah mewah berserta beberapa gambar dia di luar negara tak jauh dari ayat di atas..

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Dari segi teori...
Bila anda fokus kepada kehidupan mewah, bila anda lihat satu gambar yang boleh membawa anda kepada kehidupan mewah seperti dalam gambar, otak akan teransang sebanyak 30%.
Kalau anda terbaca tentang sesuatu yang mengujakan untuk membolahkan anda hidup mewah, otak akan teransang sebanyak 50%.

Tapi bila kedua dua ayat dan gambar di gabung... Otak anda akan akan teransang sehingga 90% dan otak anda secara tak sengaja akan paksa diri anda untuk percaya apa yang anda baca dan apa yang anda lihat.

Tak percaya, tutup gambar di atas, baca sahaja tulisan yang saya bold di atas, kemudian baca sambil lihat gambar.. Anda akan rasa lain. Itulah serangan pertama owner Duit Cloud ni kepada pembaca. Lihat pula gambar di bawah.

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Bukan saja saja owner Duit Cloud ni bagi special character pada ayat 'DUIT ATAS ANGIN', 'SEKELIP MATA', dan 'RM50,000 SETIAP BULAN'. Mantera tu...haha.
Dari semua perkataan tu, perkataan atau ayat yang paling mahal adalah 'JATUH DARI LANGIT'. Gila ko.

Bermula dari situ, ayat mula di karang... ayat tu kalau anda baca, tak ada pun di ceritakan apa sebenarnya applikasi Duit Cloud ni boleh buat, apa fungsi Duit Cloud ni tak ada pun di ceritakan.
Yang di ceritakan cerita merapu meraban kehidupan si owner. Merapu meraban pun, owner sedang pukau otak pembaca. Di tambah perisa dengan gambar gambar statement bank yang ada berpuluh ribu tu... Di tambah lagi dengan video video kehidupan mewah owner yang menggiurkan.

Saya tak tahu rumah dengan kereta tu betul betul dia punya atau sebaliknya, kalau betul tak apalah.
Tapi saya nak bagitau, rumah dengan kereta tu boleh je kalau nak sewa untuk 1 hari.. hehe.
Sewa katakan RM1,000 untuk kereta dan rumah tu untuk sehari, untuk membolehkan dia menjana puluhan ribu, pejam mata la sekejap.

Untuk gambar gambar owner di luar negara.....
Ianya hanya sekadar photoshop level paling amatuer.. Jom tengok salah satu gambar tersebut...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Gambar tersebut, cuba korang besarkan dan perhatikan Tone warna owner dengan tone warna background... tone warna owner lebih clear berbanding tone backgroud.
Lihat 2 gambar di bawah pula.. Apa yang tak kena??? Bayang bayang.. hehe.. Cuba cari bayang bayang si owner.
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu

DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Lagi 1 gambar ni.... Owner nak bagitahu kepada pembaca yang dia ni memang ada background server job. Applikasi Duit Cloud ni memang ada kaitan dengan server kalau di baca dari ayat ayat di web dia tu...
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Ok.. Cuba tengok gambar ni yang saya jumpa di Google. Sumber gambar dia kat sini. krik krik krik
DuitCloud Scam Review applikasi duit cloud betul atau tipu
Berkenaan video video testimoni pengguna atau pembeli applikasi Duit Cloud ni pula... Adeh...
Kalau saya pengarah filem, saya suruh balik je.. kekeke.. lakonan kaku bossssss.. keterujaan dapat duit tu tak ada, feel tak ada. 100% ikut script....
********************

Betul Ke Duit Cloud Boleh Bagi RM50,000 Tiap Bulan Tak Perlu Buat Apa Apa

Jawapannya...... Sekadar wayang.... Applikasi Duit Cloud ni memang betul boleh bagi duit, memang betul anda akan dapat duit tanpa perlu buat apa apa. Cuma perlu tekan 1 butang sahaja dalam applikasi Duit Cloud tu dan duit akan mengalir automatik, tapi tak ada la beribu.. Paling berapa sen je 1 hari... Cer baca komen komen pembeli di bawah yang di ambil dari review Applikasi Duit Cloud.

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Review applikasi duit cloud betul atau tipu

Tak caye.. jom tengok video review kawan ni. Sehari dapat berapa sen? RM0.16++ katanya... Hari kedua dapat RM0.26.. Modal RM390 tu.. Agak agak berapa lama nak balik modal? Berjanggut bos! Huhuhu


Applikasi Duit Cloud ni memang boleh buat duit.....
Yang mengharap duit jatuh dari langit tu, yang jatuh tu sen sen je bang...
Kalau kata nak dapat RM50K sebulan tu, kena pula laaaa cari orang suh orang beli Applikasi Duit Cloud ni. Seorang beli RM390, katakan komisyen 50%. Dapat RM195.
10 orang terkono komisyen RM2K. Betul la tu RM50K sebulan..
Jadi nak dapat RM50K sebulan tu kena promote, goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit tak ada lah... Nampak dia punya spin..
Seperti yang saya cakap.... Ayat copywriting, gambar dan video video memainkan peranan untuk pukau otak pembaca...
Yang baru tahu benda benda ni, tak fikir panjang, tak fikir logik duit jatuh dari langit yang maha WIN dia punya statement, akan beli lah..
Yang dah beli tu, nak promote cerita lah yang betul..
Cerita berapa boleh dapat sehari...
Jangan cerita ko dapat ribu riban tapi tak cerita kena cari orang.. naya la kawan tu...
Jangan penting diri sendiri, kesian kat orang.. RM390 tu bukan sikit... Kena pula kawan tu memang tak ada duit.. berhuhu la kawan tu...
Dalam kes DuitCloud ni, walaupun korang dah join dan tahu berapa ciput income boleh dapat dengan DuitCloud ni kalau tak cari orang tapi cerita income ribu riban tak cerita kena cari orang, sama la macam korang bersubahat dengan mamat si pembuat DuitCloud ni. Dapat la sikit saham menipu tu.
Kepada yang baru kenal benda benda ni terutama kepada adik adik yang taksub nak dapat banyak duit tapi MALAS, ni pesan abam.....
Tak ada cara mudah untuk buat duit melainkan kena usaha.
Usaha tu termasuklah perah idea untuk hasilkan duit dan bekerja dengan tulang empat kerat berdasarkan idea korang tadi.
Tak ada istilah goyang telur dapat duit walaupun di internet ni, itu cerita dongeng melainkan korang BERNASIB BAIK dan pakar rembat peluang TANPA MENGANIAYA ORANG LAIN.
**************************
Ni saya nak promote..
Daripada beli applikasi Duit Cloud ni yang berharga RM390 tapi dapat sen sen sehari...
Better korang join Cashzine atau WowApp.. Tak perlu bayar walau 1 sen, RM390 korang tu, simpan je. Dengan 2 applikasi di atas yang PERCUMA tu, tetap korang boleh buat duit sen sen. TAK PERLU CARI ORANG. Nak banyak, silakan promote ngan kengkawan.
Yang penting, tak aniaya atau menipu orang lain dengan janji manis duit jatuh dari langit puluh ribu.


Sunday, May 26, 2019

Tips Membaca Cashzine

10:57 PM 1

Tips Membaca Cashzine

Membaca artikel dan mendapatkan coin. Download applikasi Cashzine disini
Di Readwards atau Cashzine, anda tidak perlu untuk terlalu membaca artikel, yang penting screen handphone anda bergerak ke bawah sewaktu anda masuk ke bahagian artikel (tawaran), di dalam bahagian artikel, disebelah bawah kiri, ada meter masa, cukup 1 putaran, anda akan mendapat 5 coin.

Buat Duit Sampingan Dengan Cashzine

Apabila anda leret screen ke bawah, meter akan berjalan untuk beberapa saat, apabila meter berhenti, anda perlu leretkan lagi screen hp anda. Agak leceh dan renyah bukan kerana terpaksa memerhatikan terus hp anda.

Untuk memudahkan anda, sila download applikasi Auto Scroll di play store atau app store. Apa apa applikasi yang dapat menkadikan screen hp anda bergerak secara auto.

Admin menggunakan applikasi 'Easy Scroll' di bawah.


Jika anda menggunakan 'Easy Scroll', setelah download easy scroll, masuk ke dalam applikasi easy scroll, aktifkan dengan klik pada 'easy scroll (main)


Anda akan di bawa ke bahagian setting HP, 'On' kan 'Easy Scroll (Main)


Masuk semula ke app easy scroll, klik pada menu 'App', masukkan Cashzine dengan klik butang '+' berwarna hijau bawah sebelah kanan.


Jika butang butang anak panah yang banyak banyak warna purple sebelah kanan tu tidak keluar, pergi ke seting HP anda, dan onkan 'Display Pop-Up Window'.


Pergi ke Apllikasi Cashzine, dan lihat hasilnya. masuk ke bahagian artikel , anda cuma tinggal klik anak panah kebawah (butang easy scroll). screen akan berhenti untuk tempoh lebih lama berbanding tanpa menggunakan easy scroll. Bila meter masa Cashzine dah tak bergerak, buka artikel lain, klik semula butang easy scroll.
Jadi tak perlu anda menghadap terus handphone anda. Boleh la sambil sambil buat kerja..

Untuk join Group Whatsapp Cashzine, klik banner di bawah.










Saturday, May 25, 2019

Jana Pendapatan Dengan EliteFinFx

8:45 AM 0

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

EliteFinFx adalah sebuah program trading yang terdiri daripada kumpulan trader dan pengurus kewangan yang telah berpengalaman selama lebih 5 tahun di dalam bidang trading (Forex).

Di bawah adalah data keuntungan trading dari 2016 yang di berikan oleh pihak EliteFinFx di laman web mereka.


Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Jana Pendapatan Bersama Team Trader EliteFinFx

Pada penghujung 2018, Team EliteFinFx membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjana keuntungan melalui trading yang mereka jalankan dan pada waktu post ini di tulis.
Sesiapa yang mendaftar di EliteFinFx, akan mendapat
Sign-Up Bonus sebanyak USD20 dan akan di tradingkan oleh pihak EliteFinFx dan anda akan mendapat profit dari Isnin hingga jumaat dengan anggaran 15% untuk 1 bulan.

Di bawah adalah terma pelaburan yang di letakkan oleh pihak EliteFinFx kepada mereka yang berminat untuk melabur di dalam EliteFinFx.

Modal minima = USD10
Modal Maksima = Tiada
Anggaran Keuntungan = 15% sebulan (Tidak Fix) | Purata 0.75% sehari | Maks profit 180%
Agihan Keuntungan = Isnin - Jumaat
Locking Period On Capital = 180 hari @ 6 bulan
Minima Withdraw = USD100

Bolehkah EliteFinFx Dipercayai?

Tidak di nafikan terdapat banyak program program yang menawarkan profit keuntungan kepada pelabur pada hari ini apalagi semenjak adanya Bitcoin yang memudahkan transaksi. Walaubagaimanapun tidak semua boleh di percayai. 90% program seperti ini berakhir dengan Scam.
Tetapi bukan bermakna kita langsung tidak boleh membuat keuntungan daripada program seperti ini.
Bergantung kepada kebjaksanaan masing masing dalam merebut peluang.

Di bawah adalah beberapa fakta yang anda boleh pertimbangkan samaada untuk mempercayai EliteFinFx ini atau sebaliknya...

1. Status Syarikat EliteFinFx
Jika anda ke web EliteFinFx, di bahagian 'About Us', terdapat link yang akan membawa anda untuk melihat status syarikat EliteFinFx, iaitu UK Company House.

elitefinfx review

elitefinfx review

Walaubagaimanapun, dari pengalaman admin, sijil pendaftaran di atas tidak membawa apa apa makna kerana banyak program program sebelum ini yang telah scam, mereka turut mempamerkan sijil pendaftaran di atas. Jadi sijil di atas tidak boleh di jadikan penentu kepada satu satu program itu akan Scam atau tidak.

2. Real Live Trading Platform (Monitoring)

EliteFinFx menyatakan mereka menjana keuntungan daripada trading yang mereka jalankan.
Disini anda boleh melihat aktiviti trading mereka secara live menggunakan Meta Trader 5 (MT5) yang anda boleh download di Play Store atau App Store.

Setelah anda download app MT5, anda boleh login ke dalam akaun live trading EliteFinFx menggunakna maklumat di bawah :
Acount Name : EliteMarket-Live
Username : 900425
Password : elitefinfx.com

elitefinfx review

Setelah anda login ke akaun trading EliteFinFx, anda boleh lihat aktiviti trading team EliteFinFx melalui App MT5 tersebut (Isnin ~ Jumaat)

Live Trading Platform ini adalah bukti yangpaling kuat untuk menyatakan bahawa EliteFinFx sememangnya menjalankan aktiviti trading.
Kebanyakan program investment, mereka sekadar menyatakan mereka menjalankan trading tetapi sekadar menyatakan, tidak memberikan sebarang bukti aktiviti trading mereka seperti yang ditunjukkan EliteFinFx.

Selain itu anda juga boleh melihat aktiviti live trading mereka menerusi Youtube EliteFinFx


elitefinfx review scam

3. Laporan Keuntungan Harian Trading EliteFinFx

Jika anda sudah mendaftar di EliteFinFx, setelah anda login, anda boleh melihat laporan keuntungan trading EliteFinFx. Tetapi di web terakhir di update sehingga 27 Feb 2019

elitefinfx review

Untuk mendapatkan update keuntungan trading EliteFinFx, anda boleh ke FanPage EliteFinFx (Elitefinfxofficial), disana akan di update keuntungan semasa.


elitefinfx review

elitefinfx review

elitefinfx review


4. Perkongsian Ilmu Trading

EliteFinFx turut berkongsi beberapa tips tips asas trading di web juga fanpage mereka.
Ini menunjukkan mereka sememangnya mempunyai latarbelakang di dalam dunia trading.
Mereka yang tidak pernah melakukan trade atau tidak tahu tentang Forex, semestinya tidak tahu tentang Forex Trading.

elitefinfx review

5. Telegram Group

Group adalah antara komponen penting yang perlu anda lihat sebelum menyertai program investment seperti EliteFinFx.
Ini kerana dari group, anda boleh lehat secara langsung perkembangan 1 1 program yang anda sertai juga melihat testimoni testimoni pengeluaran yang di buat oleh para ahli.

*******************************************

Daftar hari ini dan dapatkan USD20 percuma yang akan di tradingkan.
Sekiranya anda yakin dengan EliteFinFx, anda boleh melakukan deposit serendah USD10 menggunakan Bitcoin.

Monday, March 18, 2019

Bitcoin Percuma Dari CoinPade

6:02 AM 0

Bitcoin Percuma Dari CoinPade

Lagi peluang yang membolehkan anda mengumpul Bitcoin secara percuma iaitu dengan applikasi CoinPade.
LEGIT, TRUSTED, PAYING, GOOGLE ADS CONCEPT

Google Ads Concept maksudnya dalam app Coinpade tu, penyedia app masukkan iklan Google,
Semakin ramai yang masuk app, penyedia app akan dapat la duit...

Pengguna yang menyumbang kepada traffic untuk Google ads tu dapat lah sikit tempias. Jadi memang legit dan ada asas la Coinpade ni.

Dengan CoinPade, anda hanya perlu claim Pades yang seterusnya pades akan di tukarkan kepada Bitcoin sewaktu proses pengeluaran.

Setiap 30 minit anda akan di berikan 500 Pades (Perlu Claim)
Sewaktu post ini ditulis, 500 Pades bersamaan sekitar 20 satoshi (0.00000020 BTC)

Anda boleh boost claim anda untuk setiap 10 Minit.. Sekali boost, di cas 1000 Pades

Minima pengeluaran adalah 50,000 Pades atau bersamaan 0.00002 Bitcoin

Benda free sahaja... Berminat boleh la click banner di bawah
(Klik menggunakan handphone sebab anda perlu download app)

kumpul bitcoin percuma legit coinpade

Selepas download, register, sila setting app Coinpade anda untuk mengaktifkan notification Coinpade.

Di bawah bukti hasil Bitcoin yang admin dah collect.

kumpul bitcoin percuma legit coinpade
Update Mei 2019
NOT PAYING

Friday, March 8, 2019

Main Game Dapat Duit Maybank App

12:07 PM 1

Duit Percuma Dengan Bermain Game MAE Dari
Maybank App

Peluang KEEMASAN bagi anda yang memiliki akaun Maybank untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya bermain game dari applikasi Maybank MY.

Duit Percuma
Tak perlu deposit
Bukan Skim
Bukan Pelaburan
Bukan Scam
Ops... Peluang ini mungkin TERHAD!
TAWARAN SUDAH DITUTUP
*********************

Baru baru ini, Maybank memperkenalkan sistem e-Wallet atau dompet digital mereka yang mana pada hari ini e-wallet atau dompet digital ini semakin menjadi trending di dalam teknologi transaksi kewangan atau pemindahan wang dan Maybank tidak mungkin ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi kewangan atau e-commerce ini.

Apa yang menarik dengan sistem E-Wallet dari maybank ini, anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan bermain permainan yang terdapat di dalam e-wallet Maybank ini (Yang di satukan di dalam applikasi Maybank MY)

Ganjaran dari permainan tersebut adalah wang sebenar!

Cara bermain cukup mudah iaitu anda hanya perlu klik pada coin coin yang berlegar di layar smartphone anda mengikut tempoh yang di berikan. Selain dari coin terdapat belian juga BOM. Belian, ganjaran anda di gandakan.
BOM, semua ganjaran hilang...

Bagaimana untuk mendaftar dan bermain permainan dari applikasi e-wallet Maybank ini?
Ikut langkah di bawah :

TAWARAN SUDAH DITUTUP

1. Download Applikasi Maybank MY dari play store atau app store.
Jika sebelum ini anda sudah mendownload Maybank MY, update ke versi terbaru.
2. Login ke dalam applikasi Maybank App
3. Klik pada "Say Hello To MAE"


4. Klik pada "Exprience MAE Now"

Duit Percuma Dengan Bermain Game MAE Dari Maybank App

5.  Isikan Email, negeri dan Invite Kod (kab1102) dan klik 'Comfirm'
Masukkan kod : Anda tidak perlu top up untuk mula bermain.
Tidak masukkan kod, anda perlu top up untuk mula bermain.


6. Akan keluar butang meminta anda Top Up. Skip step top up dengan log out dari applikasi dan login semula.

7. Setelah login, akaun MAE (e-wallet) anda sudah siap. Klik butang 'M' untuk mula bermain.


8. Paparan permainan akan muncul. Klik butang 'Start' untuk mula bermain.
cara bermain, klik hanya pada coin berwarna kuning dan diamond. Elakkan klik pada bom.

Duit Percuma Dengan Bermain Game MAE Dari Maybank App





Duit Percuma Dengan Bermain Game MAE Dari Maybank App

Setiap kali anda selesai bermain, ganjaran akan di masukkan di akaun e-Wallet MAE anda.
ganjaran tersebut anda boleh keluarkan di mesin ATM atau anda boleh gunakan untuk berbelanja atau isi Top Up

TAWARAN SUDAH DITUTUP


TAWARAN SUDAH DITUTUP

Pengomen Terbaik