Sunday, March 18, 2018

Boleh Kah Buat Duit Dengan HYIP

Boleh Kah Buat Duit Dengan Program HYIP?

Cara dan teknik kumpul Bitcoin dengan hyip


HYIP (High Yield Investment Program) adalah program yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh yang singkat yang terkadang pulangan yang di berikan tidak masuk akal. Program HYIP juga adalah program yang sangat berisiko tinggi. Hampir 99% program HYIP adalah program scam yang hanya akan aktif untuk tempoh yang singkat sebelum program tersebut ditutup oleh pemilik program tersebut.

Boleh kah buat duit dalam program HYIP?
Boleh jika anda tahu cara 'bermain' dalam program HYIP ini.
Berani mengambil risiko dan tahu membuat sedikit penilaian, bijak mengawal emosi (perasaan tamak) tidak mustahil untuk anda membuat sedikit keuntungan dari program HYIP ini walaupun tanpa modal yang besar walaupun tanpa mempromosikannya kepada orang lain.
CUKUP SEKADAR TAHU 'MENCURI PELUANG'.

DALAM RISIKO ADA PELUANG
DALAM PELUANG ADA RISIKO
bagaimana untuk meletakkan diri anda di tengah tengah peluang dan risiko (Profit) bergantung kepada diri masing masing

Buat duit dengan program HYIP

Disini saya cuba kongsikan sedikit cara bagaimana untuk 'bermain' dalam program HYIP ini.

Terdapat beberapa laman web yang menyenaraikan program program HYIP yang ada di seluruh dunia. Penyenaraian yang di buat di pecahkan kepada 2 kategori utama iaitu Paying program dan Scam program.

Lubang buat duit online


Paying program bermaksud program HYIP tersebut masih aktif berjalan, manakala scam program adalah program HYIP yang sudah bermasalah atau tidak lagi membayar.

Untuk setiap program yang di senaraikan, akan terdapat link program, tempoh program tersebut telah berjalan dan plan pembayaran keuntungan dan ada beberapa web yang ada komen dari pelabur. Seperti di bawah


Dari maklumat maklumat program yang di berikan ini, anda boleh membuat penilaian samaada anda mempunyai peluang atau sebaliknya di dalam program tersebut.
3 perkara yang perlu di perhatikan dalam memilih program HYIP.
1. Kebenaran program - Jika program tersebut menyatakan keuntungan yang diberikan kepada pelabur adalah daripada trading, adakah benar company tersebut menjalankan trading? (hampir kesemua program HYIP tidak ada projek di belakang program mereka, Rooling money semata mata)
2. Plan dan tempoh pembayaran keuntungan - Perhatikan berapa lama tempoh matang satu satu plan dan perhatikan sudah berapa lama program berjalan. 2 perkara ini berhubung kait dalam menentukan jangka hayat 1 1 program HYIP
3. Customer Support - Apakah program tersebut mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Telegram atau seumpanya. Perhatikan setiap akaun media sosial program tersebut untuk melihat review dari pada pelabur dan support dari owner program.

Agak susah untuk menentukan jangka hayat 1 1 program HYIP, ianya hanya lebih kepada nasib jika anda berjaya menjana keuntungan daripada program seperti ini. Tetapi jika anda tahu cara untuk membuat penilaian, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan risiko.

Perhatikan ketiga tiga program di bawah. Apa yang dapat di simpulkan, apakah persamaan ketiga tiga tiga program dan apakah yang menentukan jangka hayat satu satu program tersebut?

cara mudah kumpul bitcoin online

Program ini antara program HYIP yang paling lama bertahan iaitu beroperasi selama hampir 5 tahun. Tetapi jika anda lihat pada laman web program ini yang kononnya berdasarkan perniagaan insurans, SANGAT TIDAK MEYAKINKAN. Yang membolehkan program ini bertahan kerana tempoh matang program adalah 555 hari iaitu hampir 2 tahun dan pulangan yang tidak terlalu tinggi. Semak web program disini.

cara mudah kumpul bitcoin online

6 Hari... Out!!! Sebab... Lihat pada plan.... Hanya orang terencat sahaja yang akan join dalam program yang 1 ini.. Pulangan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal dalam tempoh yang sangat singkat. 600% selepas 6 hari.. Pada hari ke-6, babai sebab da dapat kumpul wang. Rujuk laman web program ini...

cara mudah kumpul bitcoin online

Untuk program ini pula, telah berjalan selama 12 hari. Tempoh matang plan pula adalah 25 hari. Pulangan agak tinggi. Untuk mengetahui program ini mampu bertahan selepas 25 hari, boleh semak semula selepas 25 hari. Laman web program ini kelihatan agak Ok, tetapi tiada sebarang akaun media sosial disediakan untuk untuk program ini. Akaun media sosial membolehkan anda mengetahui kelancaran pembayaran atau perjalanan satu satu program tersebut.

Kesimpulannya sebelum menyertai program HYIP, perhatikan
1. Plan dan tempoh pulangan.
2. Ketahui sudah berapa lama program tersebut wujud.
3. Perhatikan laman Web dan media sosial program.

Ketiga tiga faktor ini dapat menentukan sebesar mana peluang dan risiko anda dalam program tersebut tetapi ketiga tiga faktor ini bukan jaminan untuk anda membuat penilaian yang tepat dalam program tersebut.

PELABURAN ADALAH BIDANG YANG BERISIKO. JIKA ANDA TIDAK SANGGUP MENANGGUNG RISIKO KERUGIAN, PELABURAN TIDAK SESUAI UNTUK ANDA

P/s : Post di atas berdasarkan jatuh bangun admin dalam program HYIP

No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik