Monday, February 5, 2018

Cara Jual Bitcoin Di Coinhako

Jual Bitcoin Dan Ethereum Melalui Exchanger Coinhako

Sewaktu post ini di tulis, Exchanger pilihan dan terpopular rakyat Malaysia iaitu Luno masih lagi menghadapi masalah dengan pihak BNM dalam penggunaan akaun bank mereka di Malaysia, walaubagaimanapun, perkembangan setakat ini adalah positif yang mana daripada update terbaru, BNM akan unfreeze akaun bank Luno di Malaysia utuk urrusan keluar masuk RM


Tidak di nafikan masalah pembekuan akaun bank LUNO turut memberi kesan kepada penyimpan penyimpan bitcoin untuk membeli juga menjual Bitcoin kerana Luno adalah Exchanger juga wallet yang lebih mesra pengguna kepada rakyat Malaysia berbanding exchanger lain terutama bagi mereka yang amature walaupun sememangnya terdapat beberapa alternatif lain untuk membeli dan menjual Bitcoin selain LUNO antaranya menggunakan Exchanger Remitano, Coinexy dan beberapa lagi exchanger yang lain atau membuat pertukaran peer-to-peer antara individu.

Dalam post ini, saya akan kongsikan 1 lagi exchanger yang berperanan sama seperti LUNO yang mana anda dapat menjual Bitcoin anda di Exchanger tersebut iaitu Coinhako

cara menggunakan menjual bitcoin di coinhako


cara menggunakan menjual bitcoin di coinhako

Tidak banyak perbezaan di antara Luno dan Coinhako. Jika anda terbiasa dengan Luno, tiada masalah untuk anda memahami Transaksi di Coinhako. Bezanya di Coinhako, tiada pilihan untuk Bidding harga seperti di Luno.

Seperti di Luno, untuk menerima Bitcoin atau Ethereum dari luar, anda hanya perlu memberikan wallet address coinhako anda kepada pihak pengirim dan Bitcoin atau Ethereum akan di masukkan ke dalam wallet Coinhako anda, setelah Bitcoin atau Ethereum di terima, anda boleh menjual Bitcoin atau Ethereum tersebut di menu 'Buy/Sell' dengan klik pada butang 'Sell' dan pihak Coinhako akan memasukkan Ringgit ke wallet anda. Setelah ringgit di masukkan, anda sudah boleh membuat proses withdraw dengan klik pada butang 'Withdraw MYR' di bahagian 'MYR' (Rujuk gambarajah di atas)

Seperti biasa anda perlu mendaftar terlebih dahulu wallet anda dengan klik pada link ini dan anda akan di bawa ke halaman Coinhako. Klik pada butang 'Create Wallet'.
Isi borang yang tertera seperti di bawah dan tick pada kotak yang beranak panah merah

cara mendaftar di wallet coinhako

Coinhako akan menghantar satu email pengesahan, buka email tersebut dan klik pada link pengesahan email dan anda akan di bawa semula ke halaman Coinhako dan anda sudah boleh login ke wallet Coinhako anda.

Setelah anda berjaya login ke akaun Coinhako anda, 2 perkara perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum anda boleh menggunakan wallet Coinhako anda iaitu :
1. Set 2FA (2 Factor Authentication)
2. Pengesahan Identiti

Set 2FA. Jika di handphone anda sudah ada 'Google Authenticator' untuk mengaktifkan 2FA anda, anda boleh terus set 2FA untuk akaun Coinhako anda, jika belum, anda perlu mendownload terlebih dahulu 'Google Authenticator'  di handphone anda melalui App Store atau Google Play.

Setelah anda mendownload 'Google Authenticator' buka applikasi tersebut dan cari menu atau butang untuk create 2FA code untuk akaun Coinhako anda.

Pergi semula ke akaun Coinhako anda tadi dan klik pada butang 'YES'


Paparan seperti di bawah akan muncul.

cara mendaftar wallet coinhako

Daripada Google Authenticator anda, scan barcode yang tertera atau copy kod yang di berikan di Google Authenticator anda.

Jika berjaya, 6 kod akan terjana di Google Authenticator anda, masukkan 6 kod tersebut di kotak 'Code' dan seterusnya klik 'Enable 2FA'.

Setiap kali anda ingin login ke akaun Coinhako anda, anda perlu memasukkan 6 kod yang terjana setiap seminit di Google Authenticator.

SILA PASTIKAN APPLIKASI GOOGLE AUTHENTICATOR ANDA TERSIMPAN DENGAN BAIK DI DALAM HANDPHONE ANDA. JIKA HILANG ATAU TERDELETE, ANDA AKAN MENGALAMI KESUKARAN UNTUK LOGIN KE AKAUN COINHAKO ANDA ATAU MANA MANA AKAUN YANG ANDA SET 2FA

Setelah 2FA anda berjaya di set, anda perlu mengesahkan identiti anda.

Folow setiap arahan yang di berikan untuk mengesahkan identiti anda dan berikan segala maklumat dan dokumen seperti yang di minta.

Setelah identiti anda berjaya di sahkan, anda sudah boleh menggunakan wallet Coinhako anda untuk menerima Bitcoin, menjual dan membuat pengeluaran dari wallet Coinhako anda.



No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik