Monday, January 22, 2018

BitConnect Scam

BitConnect Berkubur



Anda pernah dengar BitConnect?
BitConnect (BCC) antara program yang paling mendapat perhatian dalam dunia Crypto terutama kepada mereka yang melihat peluang dalam mata wang digital yang kononnya dalam BitConnect mampu memberikan keuntungan yang tinggi.

Antara faktor yang membuatkan BitConnect terkenal adalah :
1. Pernah tersenarai dalam top 10 CoinMarketCap
2. Harganya yang sangat cepat meningkat mencecah USD450 per BCC daripada harga USD0.10 sejak Jan 2017 di CoinMarketCap
3. Keuntungan bulanan yang tinggi.

harga BitConnect jatuh


Ramai ahli ahli BitConnect menyertai BitConnect atas faktor kenaikan harganya yang agak drastik.
Ada beberapa cara untuk menjana keuntungan daripada BitConnect ini iaitu Lending dan Stacking.

Lending BitConnect bermaksud anda membeli BitConnect dan menyimpannya kepada pihak yang menjalankan program BitConnect ini, dari situ anda akan mendapat keuntungan setiap bulan yang boleh mencecah 40% setiap bulan. Modal bermula USD100 - USD100K.

harga BitConnect jatuh


harga BitConnect jatuh

Stacking pula bermaksud anda membeli BitConnect dan menyimpannya sendiri di wallet BitConnect anda yang di hasilkan oleh pihak BitConnect sendiri (Dekstop Wallet)
Dari jumlah BitConnect yang anda beli dan simpan itu, anda akan mendapat keuntungan atau lebih tepat Proof Of Stake dari kuantiti coin yang ada pada anda.

harga BitConnect jatuh

harga BitConnect jatuh

Tetapi ramai juga yang mengecam BitConnect kerana nampak akan 'PERMAINAN' BitConnect ini.
Antara 'PERMAINAN' dalam BitConnect adalah :

1. BitConnect mempunyai platform mereka sendiri di mana dari situ mereka boleh mengawal harga BitConnect. Jika di Public Exchanger, turun naik harga adalah di sebabkan permintaan dan penawaran.
2. Pump n Dump di Public Exchanger.. Pump n Dump adalah satu perbuatan menaikkan atau menrunkan harga.
Pump - Menaikkan harga dengan membeli BitConnect
Dump - Menurunkan harga dengan menjual semula BitConnect 
Pump akan dilakukan untuk menarik minat pelabur.
Dump akan dilakukan jika permintaan BitConnect berkurang di Public Exchanger.
Apabila Dump berlaku, harga BitConnect akan turun sekejap, waktu itu pelabur akan mengambil kesempatan untuk membeli.
Perhatikan corak kenaikan harga BitConnect di CoinMarketCap. Menjurus kepada kenaikan.
3. Penggunaan USD dan BitCoin. Untuk mendapatkan coin BitConnect, ahli perlu membayar samaada dalam bentuk USD atau Bitcoin kepada pihak BitConnect.
4. Tiada projek di belakang BitConnect yang menaikkan harga.

**********************************

Pada 4 Jan 2018, BitConnect mendapat amaran daripada Texas Securities Commisioner.
Susulan daripada kes tersebut, harga BitConnect terus drop daripada USD400++ kepada USD20++
dan mereka juga telah menutup Exchanger mereka. Rujuk sini

Dapat anda bayangkan apa yang di rasakan oleh pemegang pemegang coin BitConnect setelah harga drop dan platform pertukaran mereka di tutup?




Dengar khabar, BitConnect membuka platform baru... BitConnectX dan dalam fasa ICO.
Anda yang menyertai BitConnect tentu tau apa itu ICO kan?
Harga BitConnect da drop .... Di buatnya pula coin baru, minta orang invest dalam coin baru BitCoinnectX pula.... Dah scam orang, lain mau scam ka???
Ke ada yang tak nampak lagi????

*********************************

Coin yang baik adalah coin yang ada projek di belakang nya yang dapat menaikkan harga coin tersebut biarpun kenaikan harganya perlahan.



No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik