Tuesday, December 26, 2017

Cara Membeli Coin Selain Bitcoin

Cara Membeli Dan Menyimpan Coin Lain Selain Bitcoin

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

Kepada yang masih baru dalam Cryptocurrency atau mata wang Digital terutama di Malaysia, mungkin anda hanya tahu cara untuk membeli Bitcoin dan menyimpannya di LUNO, Coinhako, XBit Asia, PinkExchange dan beberapa lagi (Paling ramai mungkin di LUNO). Ini kerana ke semua Exchanger terbabit membolehkan anda membuat pertukaran Bitcoin ke RM melalui bank di Malaysia.

Bagaimana pula jika anda ingin membeli coin lain selain Bitcoin seperti Ethereum, Litecoin, Doge dan coin coin yang lain?

Salah satu cara adalah menggunakan servis pertukaran coin dari Coinexy.
Di Coinexy anda boleh terus membuat pertukaran coin coin pilihan yang ada dengan tunai (jika ada pembeli atau penjual untuk coin tersebut). Bermakna, jika anda mempunyai coin Litecoin, ingin tukarkan kepada tunai, anda tidak perlu menukarkannya kepada Bitcoin terlebih dahulu.



Di Coinexy, terdapat 4 coin yang boleh di jual beli iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Doge.
Walaubagaimanapun, di Malaysia, belum ramai yang menggunakan servis pertukaran mata wang digital atau Exchanger Coinexy ini. Hanya ada beberapa individu sahaja yang bersedia untuk membeli dan menjual coin-coin yang di sebutkan di atas. Ini mungkin disebabkan rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada Bitcoin dan menggunakan Exchanger LUNO terutama yang baru berjinak-jinak dengan mata wang digital ini.

Exchanger Coinexy tidak banyak berbeza cara membuat pertukaran coin dengan tunai dengan Exchanger Remitano, iaitu kaedah Peer-To-Peer, tetapi Remitano hanya menawarkan tukar beli Bitcoin dan Ethereum sahaja.

Contoh anda ingin membeli coin Litecoin di Coinexy, cara adalah :
1. Login ke akaun Coinexy anda. Daftar jika belum mendaftar. Pendaftaran Coinexy.
2. Klik pada menu "Buy Coin", Pilih "LTC" dan pilih seller yang bersedia untuk menjual Litecoin.

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

3. Set jumlah pembelian yang ingin anda beli. PASTIKAN SELLER/BUYER BERSTATUS VERIFIED


cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

4. Lakukan pembayaran mengikut jumlah bayaran yang di minta. SILA IKUT ARAHAN YANG DI BERIKAN SEWAKTU PROSES TRANSASKSI

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

5. Setelah pembayaran di buat, Klik pada butang "Comfirm payment" dan masukkan wallet address anda samaada wallet address di Coinexy atau Wallet Address Litecoin anda.

Untuk menyimpan Litecoin, anda boleh menggunakan wallet dari Coinami yang boleh di download di Google Play

wallet untuk coin litecoin dan altcoin multiwallet

No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik