Thursday, November 23, 2017

BNM Mengawal Selia Mata Wang Digital

Bank Negara Malaysia Bakal Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata mulai tahun depan, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

"Langkah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem untuk aktiviti jenayah dan menyalahi undang-undang, selain memastikan kestabilan serta integriti sistem kewangan.

"Kita harus bersiap sedia kerana banyak pakar dan mata wang digital akan menjadi satu norma kepada kehidupan kita.

"Kemunculan mata wang digital seperti yang dijangkakan dianggarkan oleh beberapa pihak akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan.

"Sebagai pihak berkuasa, kita menyedari perkembangan ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Anti-Pembiayaan Keganasan ke-Tiga, di sini, hari ini.

Persidangan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan serta Menteri Koodinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto.

Sumber
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353854/struktur-kawal-selia-mata-wang-digital-bnm

****************************************

Amacam? BNM mula nak mengawal selia penggunaan mata wang digital?
Apakah akan ada masalah dalam penggunaan mata wang digital ini atau lepas ni dah tak boleh sewenang wenangnya menggunakan mata wang digital ini?

Akhir akhir ni je BNM sibuk nak pantau penggunaan mata wang digital atau Crytocurrency ni sebab penggunaan dia makin lama makin meluas dan dah ramai rakyat malaysia yang buka mata tentang mata wang digital crytocurrency ni dan kadang kadang pening dengan keputusan BNM ini. Sekejap boleh guna, sekejap salah, sekejap scam, sekejap itu sekejap ini..

Memang betul ada juga keburukan Mata Wang Digital ini, tetapi ada juga kebaikannya.
Bagi pihak BNM, mereka lihat penggunaan Mata Wang Digital Cryptocurrency ni memang perlu di pantau lah kerana penggunaan dia turut melibatkan wang fiat sebab di penghujung penggunaan mata wang digital ini, tetap kena tukar dengan wang fiat sebab penggunaan mata wang digital ini dalam urusan jual beli belum meluas.

Yang BNM nak pantau bukannya mata wang digital tu, tapi keluar masuk wang fiat dalam penggunaan mata wang digital ini, sebab itu penggunaan mata wang digital ini atau penukaran mata wang digital ini di letakkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Yang menjadi masalah nya adalah penggunaan Mata Wang Digital ini tidak dapat di kesan.
Wang fiat mengalir ke mata wang digital ini, tetapi mata wang digital tu tak tau mengalir ke mana, apa tujuan trasasksi mata wang digital tersebut di lakukan. Jual beli dadah ke? Beli senjata ke? Derma ke? hehe... Memang tak dapat track transasksi mata wang digital ini. Bila tak dapat track dan tak tau mata wang digital itu mengalir ke mana, jadi BNM tak leh 'makan' ler? Cukai derrrrr...
Nak cukai, cukai atas apa??

Jadi macam mana BNM nak pantau dan "makan" sikit dari penggunaan mata wang digital ni??
Nin diaaaa.... hahaha... 

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency

Walaubagaimanapun..... Dalam penggunaan mata wang digital cryptocurrency ini, banyak je cara nak tukarkan mata wang digital ini kepada tuani atau wang fiat tanpa melalui BNM. hehehe...

Betul la mengawal selia penggunaan mata wang digital ni perlu juga...
Untuk menjaga ekonomi negara juga dari ketirisan fiat..
Tapi rakyat pun nak menumpang sikit peluang buat duit dengan Mata Wang Digital ni...
Bukan semua rakyat Malaysia senang... Baru nak senang, kena hadap cukap pula.. Hhuhuhu...
Selagi boleh kikis, kikis sampai habis... hehe

Alasan penggubahan wang haram, Pembiayaan Keganasan, Aktiviti Haram tu...
Dalam penggunaan wang fiat pun berlaku benda benda tu... Alasan tu tak logik. :)

Tak perlu takut untuk mendalami teknologi kewangan baru ini juga tak perlu takut untuk memilikinya selagi tak buat kesalahan dalam penggunaannya... :)

No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik